Pengalaman Menginap Di Grand Renai Kota Bharu Kelantan!

Pengalaman Menginap Di Grand Renai Kota Bharu Kelantan! | Salah satu hotel yang menjadi pilihan ramai mereka yang datang bercuti di Negeri Kelantan adalah Grand Renai Kota Bharu. Jadi, untuk kali ini aku akan kongsikan pengalaman aku menginap di hotel ini selama dua hari satu malam.

Baca Juga : Bermalam di H Elite Design Hotel Kota Bharu

Lokasi Grand Renai Kota Bharu

Grand Renai Kota Bharu 
Alamat : Kota Sri Mutiara, Jalan Sultan Yahya Petra15150  Kota Bharu Kelantan
Tel : +6097462233
Email : sales@grandrenai.com

Grand Renai Kota Bharu Kelantan

Pada pendapat aku, Grand Renai Kota Bharu adalah salah satu hotel di kelantan yang menyediakan  kemudahan lengkap dan mewah tetapi masih menawarkan harga yang masih berpatutan untuk rakyat marhaen macam aku. 

Masa aku check offical website Grand Renai Kota Bharu, Rate untuk Deluxe Room hanya RM228 (Room Only) sahaja untuk satu malam. Selepas membuat perbandingan dengan hotel yang lain, aku rasa ianya lebih berbaloi untuk book. Lagi menarik, aku berjaya dapatkan dengan harga lebih murah iaitu RM204.18 (Room Only) di Agoda.com.

Grand Renai Kota Bharu Kelantan

Grand Renai Kota Bharu Kelantan

Inilah keadaan Deluxe Room yang aku booked tuh. Memang nampak mewah dan cantik. Tapi kan, korang perasan tak kalau stay dekat hotel yang 4 or 5 Star mood dalam bilik mesti macam nih. Ala ala romantik jer lampu dia tapi best lah sebab dia membuatkan kita rasa cozy jer duduk dalam bilik tak nak keluar. 

Sekarang ini jom kita tengok apa kemudahan yang disediakan dalam bilik Deluxe selain katil yang selesa tuh. Kita mulakan di bahagian bilik dahulu lepas tuh baru kita tengok bilik air. First, kita selongkar apa yang ada dalam almari.

Grand Renai Kota Bharu Kelantan

Grand Renai Kota Bharu Kelantan

Grand Renai Kota Bharu Kelantan

Grand Renai Kota Bharu Kelantan

Grand Renai Kota Bharu Kelantan

Grand Renai Kota Bharu Kelantan

Grand Renai Kota Bharu Kelantan

Macam yang korang boleh nampak dalam gambar, Antara kemudahan yang disediakan dalam almari bilik Deluxe adalah Ironing board, Luggage Rack, Iron, Hanger, Laundry Lists, Laundry Bag, Hairdryer, Prayer Mat dan slippers. Semua ada which is good tapi condition almari tuh yang membuatkan aku rasa tak sedap mata memandang especially bila ada beberapa part yang terkopek. Tak menganggu the whole experience tapi still.

Selain itu, dalam bilik ini juga ada disediakan mini fridge untuk kita letakkan minuman atau makanan yang bersesuaian contohnya buah buahan, coklat dan lain lain. Coffee & Tea making facilities pun disertakan juga dalam bilik. Jadi, kalau korang rasa nak minum kopi go ahead and do it.

Grand Renai Kota Bharu Kelantan

Grand Renai Kota Bharu Kelantan

Grand Renai Kota Bharu Kelantan

Untuk korang yang menginap di Grand Renai Kota Bharu untuk tujuan kerja pun tak ada masalah sebab dalam bilik Deluxe ini disediakan tempat yang sesuai untuk korang. Televisyen yang bersaiz besar juga diletakkan juga dibahagian depan katil untuk kita tengok sambil rehat dengan family dan kawan kawan.

Grand Renai Kota Bharu Kelantan

Grand Renai Kota Bharu Kelantan

Grand Renai Kota Bharu Kelantan

Berikut adalah antara kemudahan di bahagian bilik tidur. Macam mana pulak dengan bilik air? Aku memang tak sabar nak share dengan korang pasal bilik air sebab dekat sini ada bathtub. Bagi sesetengah orang, bathtub mungkin tak penting tapi bagi aku bila kita dah spent some amount of money mestilah nak ada bathtub kan. barulah ada feeling feeling percutian di hotel mewah. hehe.

Grand Renai Kota Bharu Kelantan

Grand Renai Kota Bharu Kelantan

Grand Renai Kota Bharu Kelantan

Grand Renai Kota Bharu Kelantan

Dalam bilik air juga disediakan beberapa kemudahan untuk mandi. Antaranya adalah bathroom amenities macam Shampoo, lotion, bath gel, shaving kit, tootbrush, towel dan lain lain lagi. 

Grand Renai Kota Bharu Kelantan

Grand Renai Kota Bharu Kelantan

Macam mana guys? Apa pendapat korang pasal Grand Renai Kota Bharu? Seperti biasa, aku harap entry pasal hotel ini dapat membantu korang dalam memilih tempat penginapan yang bersesuaian mengikut bajet dan keselesaan masing masing. Ada beberapa hotel lain lagi yang boleh korang survey dulu sebelum datang bercuti di negeri kelantan contohnya Ibis Style Kota Bharu, Grand Riverview Kota Bharu dan H Elite Design Hotel
Terbaru Lebih lama