Pengalaman Menaiki Tren Baharu di Kelantan | DMU KTMB | Hi korang! Pada bulan April yang lepas aku menghadiri perasmian Tren Diesel Multiple Unit (DMU) bagi menggantikan lokomotif dan koc penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang lama. Selepas peerasmian berlangsung, Aku berpeluang untuk menaiki Tren DMU buat pertama kalinya. Jadi, untuk kali ini aku akan kongsikan pengalaman dan apa yang ada dalam tren DMU KTMB yang terbaharu.
Apa Yang Menarik Dengan Tren Diesel Multiple Unit DMU KTMB
Selepas mencuba sendiri tren DMU KTMB yang terbaharu ini aku rasa sangat berpuas hati kerana ianya lengkap dengan pelbagai kemudahan.