Jom Pekena Kopi Kita sambil Isi Minyak di Shell Batu 31 Machang Kelantan | Selain Kefi Koffee, korang juga boleh singgah di Kopi Kita untuk mencuba sendiri minuman berasaskan kopi. Kalau tak silap aku Kopi Kita mula beroperasi pada tahun 2020. Kiranya masih baru dan aku yakin kewujudan Kopi Kita masih lagi tidak diketahui ramai. Jadi, aku decide untuk kongsikan dengan korang semua dalam entry kali ini.
Baca Juga : Kefi Koffee Di Bandar Machang, Tempat Lepak Penggemar Kopi
Kopi Kita
Alamat : Kopi Kita 31 Shell Batu 31,Batu 31, 18500 Machang, Kelantan
Waktu Operasi : 11 Pagi hingga 6.50 Petang Khamis - Selasa (Rabu Tutup)
No Telefon : 016-9239584
Pada awalnya aku bercadang untuk Dine In sebab dekat luar kedai nih ada tulis "Dine in or Take Away" tapi malangnya waktu aku datang tak boleh dine in sebab tempat untuk dine in belum dibuka lagi. Menurut apa yang diberitahu oleh salah seorang staff dekat situ, dia cakap tempat untuk Dine In akan dibuka tidak lama lagi. Aku harap next time aku pergi dah boleh makan dekat situlah.
Rasanya bahagian atas Kopi Kita nih akan dijadikan tempat untuk pelanggan Dine In. Nampak luas dan selesa tapi kalau cuaca panas mungkin akan buat kita berpeluh haha. Hopefully dorang akan letak kipas or something yang boleh bagi pelanggan selesa untuk makan waktu cuaca panas la.
Senarai Minuman dan Makanan di Kopi Kita Shell Batu 31 Machang (Menu di Kopi Kita Machang)
Berikut adalah menu yang ada di Kopi Kita Shell Batu 31 Machang. Macam yang korang nampak, Kopi Kita bukan hanya menyediakan minuman sahaja, Dorang juga ada beberapa pilihan makanan yang agak menarik untuk dicuba sebab tuh aku nak dine in dekat sini.
Kalau korang bukan penggemar kopi pun masih boleh datang ke Kopi Kita Shell Batu 31 Machang sebab dekat sini ada minuman yang bukan berasaskan kopi macam chocolate, strawberry, vanilla, green tea dan lain lain. Selain itu, di Kopi Kita ada Froyo! Aku tak perasan pun time pergi tuh, bila dah balik buat artikel baru nampak dekat menu.
Seriously aku lupa apa yang aku order nih haha. Rasanya Caramel Latte Frappe lepas tuh tambah Cookie Crumb as a topping. Harga untuk frappe nih RM10 tambah topping RM1, total jadi RM11 which quite affordable la bagi aku sebab rasanya ada lagi kedai yang jual dengan harga yang lebih mahal.
Untuk korang yang tinggal berdekatan tapi belum pernah datang Kopi Kita. Bolehlah datang untuk cuba pilihan minumanan dan makanan yang ada dekat sini. Sepanjang aku menunggu minuman siap, ramai yang datang beli Froyo. Maybe next time aku datang untuk cuba Froyo pulak.