Pengalaman Menginap di H Elite Design Hotel Kelantan | Bilik Superior Twin
byLuqman Zakaria-
Pengalaman Menginap di H Elite Design Hotel Kelantan! | Sebelum ini saya pernah kongsikan tentang Ibis Style Kota Bharu dengan korang semua. Rasanya artikel tersebut adalah artikel paling latest berkenaan dengan hotel di negeri Kelantan.
Jadi, untuk kali ini saya nak kongsikan satu lagi hotel yang boleh dikunjungi oleh korang semua kalau datang bercuti di Kota Bharu iaitu H Elite Design Hotel yang terletak di Bandar Baru Tunjong Kota Bharu Kelantan.
H Elite Design Hotel mempunyai beberapa jenis bilik tetapi sewaktu saya membuat booking di Aplikasi Agoda, hanya tinggal satu bilik sahaja yang masih available iaitu Superior Twin Room dengan harga RM134.10 termasuk (taxes & Fees RM12.19). *Waktu check in tuh perlu bayar deposit RM50 - akan dikembalikan bila check out nanti.
Ini adalah bilik yang saya duduk selama satu malam tuh, Superior Twin Room dimana korang akan dapat dua single bed. Kalau nak datang check in dekat kawan kawan untuk bercuti tuh memang sesuailah kan.
Korang mesti nak tahu keadaan bilik dengan lebih details kan? Jangan risau sebab saya akan kongsikan kemudahan yang ada dalam bilk superior twin nih. First sekali, bila korang masuk dalam bilik nih, korang akan nampak bahagian toilet dulu.
Korang nampak kan, dekat sebelah pintu tuh terus ada sinki dengan cermin besar. Dekat atas sinki, H Elite Design Hotel letakkan Toilet amenities. Korang boleh tengok gambar dekat bawah nih untuk rujukan.
Sebelah sinki pulak ada bilik air dimana dalam tuh akan ada tempat untuk mandi dan tandas untuk buang air kecil dan besar. Untuk tuala pulak jangan risau sebab memang ada disediakan dalam shower room. Details tak explanation saya? haha. Jom kita tengok keadaan bilik air dia.
Kalau korang tengok dalam gambar nampak macam sempit kan tapi sebenarnya tak adalah sempit sangat. Bagi saya yang berbadan besar nih pun rasa selesa jer cuma bila tengok keadaan tiles tuh dia macam tak berapa nak cantik sangat.
Bila dah selesai mandi, mesti korang nak gantung tuala dan baju yang korang dah pakai kan? Dalam bilik nih ada satu almari yang agak besar dan ada beberapa kemudahan lain di letakkan dalam almari tersebut contohnya penyangkut baju, iron, iron board, safety box, hair dryer, sejadah, laundry beg dan juga laundry bill/list.
Untuk bahagian tempat tidur tadi korang dah tengok tapi saya belum kongsikan apa yang ada disediakan dibahagian tersebut selain katil. Jom kita tengok apa yang ada.
Bahagian depan katil dalam bilik ini adalah tempat favourite saya especially tempat yang ada cermin tuh sebab lighthing dia dari atas tuh buatkan nampak lebih cantik dan sesuai untuk dijadikan tempat untuk buat kerja.
Selain itu, H Elite Design hotel juga menyediakan TV, coffee and tea making facilities dan dekat bahagian bawah tuh ada fridge yang kecil tapi saya lupa nak ambil gambar tunjuk dekat korang, dah check out baru teringat.
Hand Sanitizer tak termasuk ya. Tuh saya bawak sendiri dari rumah. Tak perasan plak ada letak dekat situ. time edit nak letak watermark baru perasan hehe.
Sebelum kita tamatkan artikel ini, saya just nak kongsikan pendapat saya tentang H Elite Design Hotel selepas menginap selama satu malam. Alhamdulillah, buat masa ini saya berpuas hati dengan bilik yang saya dapat sebab sangat selesa.
Dengan harga yang saya bayar di Agoda tuh memang berbaloi. Bayaran tersebut hanyalah untuk bilik sahaja tau sebab saya malas nak turun kalau breakfast. Lagi pun dengan keadaan sekarang nih kalau boleh nak elakkan berjumpa atau berada dekat tempat yang ramai orang. Jadi, book lah bilik tanpa breakfast.
Saya ada buat Room Tour pasal bilik Superior Twin nih dalam bentuk video jugak. Jadi, kalau korang nak tengok boleh klik video yang saya kongsikan dekat bawah. Saya tahu ada yang lebih suka tengok video dari membaca.
Saya harap dengan perkongsian ini dapat membantu korang untuk memilih tempat penginapan sewaktu datang bercuti di negeri Kelantan terutama sekali di Kota Bharu. Terima kasih dan kita jumpa lagi dalam artikel yang lain. Selamat Bercuti dan jangan lupa jaga diri.