Nikmati Dim Sum Yang Sedap, HALAL dan Murah di Grand Riverview Hotel | Hai korang! Dalam entry sebelum ini aku ada kongsikan tentang apa yang menarik di Grand Riverview Hotel. Kalau korang belum tengok atau baca artikel tersebut, korang boleh klik link yang aku kongsikan dekat bawah nih.
Untuk kali ini, aku masih lagi nak kongsikan tentang Grand Riverview Hotel tetapi fokusnya adalah kepada Restoren Chao Yuan yang terkenal dengan menu Dim Sum. Kalau korang menginap di hotel ini rasanya tak lengkap kalau tak makan Dim Sum yang sedap dan Halal di Restoren Chao Yuan.
Selalunya kalau makan dekat hotel jer mesti kita akan fikir pasal harga. Maklumlah Hotel 4 bintang mestilah mahal. Betul tak? Percayalah cakap aku, Harga yang ditawarkan untuk Buffet Dim Sum di Restoren Chao Yuan nih sangat murah dan berbaloi.
Buffet Dim Sum dekat sini hanya RM36 (dewasa) & RM19 (kanak kanak) sahaja dan untuk ala Carte pulak bergantung kepada menu yang korang order la. Satu portion dalam RM5.50 hingga RM6.50.
Buat masa sekarang (Bermula 28 Oktober 2021) hanya Dim Sum Ala Carte sahaja yang available. InsyaAllah in future nanti baru dorang akan buat untuk Buffet. Jadi, kalau korang check ini dekat Grand Riverview dan teringin nak makan Dim Sum, Boleh jer makan dekat Restoren Chao Yuan sebab Ala Carte masih dijalankan seperti biasa. Please refer gambar dibawah untuk maklumat lanjut.
Pengalaman Makan Dim Sum di Chao Yuan Restaurant, Grand Riverview Hotel Kota Bharu
Waktu kitorang check in dekat Grand Riverview Hotel Kota Bharu Buffet Dim Sum tak available, jadi kitorang makan yang ala carte. Boleh tahan banyak juga kitorang order. Bukan Dim Sum jer tapi ada macam macam lagi.
So far, semuanya sedap! memang kenalah dengan tekak. Aku jarang makan Dim Sum, so bila dapat makan dekat sini memang puas hati! Antara yang paling aku suka adalah Sala Ha Kok (Crsipy Shrimp Roll). Pelik juga aku suka yang tuh padahal kalau shrimp biasa dalam masakan aku memang tak makan.
|
Sala Ha Kok (Crispy Shrimp Roll) |
|
Chi Ma Chau (Glutinous Red Bean Ball) |
|
Lau Sha Bao (Salted Egg Steamed Bun) |
Selain Sala Ha Kok, Lau Sha Bao (Salted Egg Steamed Bun) dengan Chi Ma Chau (Glutinous Red Bean Ball) pun sedap ya! tengoklah dalam gambar berapa pinggan Chi Ma Chau kitorang order.
|
Har Fu Peih Khin (Beancurb S/Shrimp) |
|
Chan Chi Kin (Vegetables Dumpling Roll) |
|
Yam Mai |
|
tak ingat nama apa T_T |
|
Kam Fa Khin (Dumpling with Crab Roll) |
|
Chicken Steamed Rice Roll |
|
Chicken Bao |
|
Salad Roll |
Selain Dim Sum yang menyelerakan nih, kitorang juga sempat mencuba nasi kerabu dan juga mee hoon goreng yang penuh dengan udang. Kalau korang penggemar udang memang confirm terliur kalau tengok.
Macam mana korang? Terliur tak tengok menu makanan yang ada dekat Restoren Chao Yuan di Grand Riverview Hotel Kota Bharu? Kalau tanya aku, for sure lepas nih nak repeat lagi tapi belum ada masa yang sesuai.
Bagi korang yang bercadang untuk datang bercuti di kelantan, kota bharu khususnya bolehlah booking Hotel nih dan cuba sendiri Buffet/Ala Carte Dim Sum di Restoren Chao Yuan. Harga murah, dim sum pun sedap, halal dan pada masa yang sama korang boleh menikmati suasana yang mewah!