Cara memohon i-Citra lengkap dengan gambar (Tutorial permohonan i-Citra 2021) | Selepas i-Sinar dan i-Lestari, kita diperkenalkan dengan i-Citra bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas dari segi kewangan disebabkan oleh covid-19. Bagaimanakah cara untuk memohon i-Citra? Jom saya kongsikan.
Cara untuk memohon i-Citra lengkap dengan gambar.
1. Layari portal rasmi i-Citra - https://icitra.kwsp.gov.my
2. Masukkan nombor kad pengenalan.
3. Masukkan nombor telefon yang masih aktif.
4. Semak untuk pastikan semuanya betul dan tekan butang TERUSKAN.
5. Tunggu Nombor OTP yang akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit yang anda masukkan.
6. Masukkan Nombor OTP tersebut.
7. Tekan butang SAHKAN NOMBOR OTP.
8. Amaun kelayakan pengeluaran akan dipaparkan. (Pengeluaran maksimum adalah RM5000) tetapi sekiranya korang nak keluarkan kurang dari nilai tersebut. Klik kotak yang tertulis "Klik untuk mengurangkan amaun pengeluaran" dan klik butang TERUSKAN.
9. Jadual Pembayaran akan dipaparkan. Bayaran bulanan akan dibuat selama 5 bulan. Bayaran ditetapkan sebanyak RM1000 sebulan atau bergantung kepada jumlah baki simpanan (bayaran minimum adalah RM50).
10. Semak dan pastikan amaun pengeluaran mengikut apa yang korang inginkan. Selepas itu klik butang TERUSKAN.
11. Paparan maklumat pemohon seperti nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon.
12. Kemaskini maklumat peribadi sekiranya perlu.
13. Masukkan Nama Bank dan Nombor Akaun Bank.
14. Jawab dua soalan yang diberikan dan selepas itu klik butang TERUSKAN.
15. Semak dan pastikan maklumat pemohon dan jadual pembayaran mengikut seperti apa yang dimahukan.
16. Tick di ruangan Saya dengan ini mengesahkan dan tick juga ruangan Saya bukan robot. Selepas itu, klik butang HANTAR.
17. Dengan itu, maka selesailah permohonan i-Citra korang.
Selepas selesai, korang disarankan untuk mencetak dan simpan rekod permohonan untuk rujukan. Jadi, saya harap dengan perkongsian dapat memberi manfaat kepada semua pembaca blog Luqman Zakaria yang ingin memohon i-Citra. Permohonan ini akan berlangsung sehingga 30 September 2021. Jadi, gunakan peluang yang ada untuk mengurangkan beban kewangan korang di waktu pandemik ini. Semoga urusan kalian semua dipermudahkan.