Peluang Sambung Belajar selepas SPM di Kolej Poly Tech Mara Alor Setar (KPTMAS) | Sekiranya korang mendapat keputusan SPM yang kurang cemerlang berbanding orang lain tidak bermakna korang perlu putus asa. Peluang untuk sambung belajar masih lagi terbuka luas untuk semua orang.
Salah satu Institut Pengajian Tinggi yang sentiasa membuka ruang dan peluang kepada kita untuk sambung belajar ke tahap yang lebih tinggi (Diploma) adalah Kolej Poly Tech Mara Alor Setar atau lebih dikenali dengan nama ringkasnya KPTMAS.
Untuk pengetahuan semua, Kolej Poly Tech Mara Alor Setar (KPTMAS) menawarkan 5 program di tahap Diploma yang menarik untuk pelajar lepasan SPM. Korang boleh tengok gambar dibawah untuk rujukan.
Jadi, apakah syarat syarat kelayakan yang diperlukan oleh pelajar lepasan SPM untuk memohon program yang ditawarkan oleh Kolej Poly Tech Mara Alor Setar (KPTMAS)? Setiap program yang ditawarkan mempunyai syarat kelayakan berbeza. Jadi, korang boleh semak syarat kelayakan mengikut program seperti yang tertera dibawah.
Permohonan Kemasukan Pelajar Baharu Di Kolej Poly Tech Mara Alor Setar (KPTMAS)
Sekiranya ada diantara korang yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam mana mana program yang ditawarkan di Kolej Poly Tech Mara Alor Setar (KPTMAS) , ini adalah waktu yang paling sesuai kerana permohonan kemasukan pelajar baharu ambilan sesi Julai 2021 telah pun dibuka.
Permohonan boleh dibuat secara online di website
http://application.kptm.edu.my/ dimana korang perlu mengisi beberapa maklumat penting seperti nombor kad pengenalan, email semasa, keputusan SPM, maklumat ibu bapa, program pilihan dan lain lain.
Kalau korang ada sebarang kemusykilan atau memerlukan bantuan mengenai pengambilan pelajar, hubungi/klik link whatsapp yang saya kongsikan dibawah ini.
Saya harap dengan perkongsian ini dapat membantu pelajar pelajar lepasan SPM yang sedang mencari tempat belajar untuk melanjutkan pelajaran mereka. Seperti yang saya kongsikan di awal artikel ini, mendapat keputusan yang kurang cemerlang tidak bermakna ianya pengakhiran hidup. Selagi kita masih mempunyai semangat untuk mencari ilmu pasti akan ada jalannya. Apa pun, saya doakan yang terbaik untuk korang semua!