Cafe baru yang menjadi tumpuan ramai | Atas Cafe Tanah Merah Kelantan

Cafe baru yang menjadi tumpuan ramai | Atas Cafe Tanah Merah Kelantan | Sebelum nih kalau ke Bandar Tanah Merah memang susah nak jumpa cafe tapi sekarang ini macam cendawan yang tumbuh selepas hujan. Mana taknya, setiap tempat yang saya pergi mesti ada cafe yang menarik untuk diterjah. Salah satunya adalah Atas Cafe yang baru sahaja dibuka pada tahun 2020. 

Update terbaru : 8/6/2022

Cafe baru sedap di Tanah Merah Kelantan

Cafe Baru Sedap di Tanah Merah Kelantan

Cafe Baru Sedap di Tanah Merah Kelantan

Cafe baru sedap di Tanah Merah Kelantan

Cafe Baru Sedap di Tanah Merah Kelantan

Apa yang membuat saya tertarik dengan Atas Cafe adalah dekorasinya yang minimal. Penggunaan warna coklat dan putih juga sangat cantik. Memang sesuai untuk korang yang suka bergambar dan sekarang ini Atas Cafe membuat beberapa perubahan dengan menambah ruang cafe. Konsepnya  berbeza dengan ruang asal tapi tetap cantik dan aesthetic.



Tahap kebersihan Cafe pulak sangat terbaik guys! Korang tak perlu risau pasal tuh. Sekarang ini, saya nak kongsikan berkenaan dengan makanan dan minuman yang ada dekat Atas Cafe. 

Senarai Makanan dan Minuman di Atas Cafe (Menu Atas Cafe Tanah Merah)

Salah satu sebab kenapa saya jarang ke cafe adalah disebabkan oleh pilihan makanan dan minuman yang terhad tetapi dekat Atas Cafe ini, mereka menyediakan banyak pilihan makanan berat yang sangat menyelerakan contohnya macam salted egg spaghetti, chicken chop, smoked beef aglio olio dan lain lain.



Untuk minuman pulak, korang memang akan rambang mata sebab banyak pilihan. Dekat bawah ini saya kongsikan menu minuman yang ada dekat Atas Cafe! Nanti senang kalau pergi boleh order terus hehe.



Tak cukup dengan yang nih? Jangan risau guys, Atas Cafe juga menyediakan beberapa jenis kek dan pencuci mulut yang sedap! 

Apa Yang Saya Makan Di Atas Cafe Tanah Merah?

Ini apa yang aku makan masa first visit 2021*

Untuk main course saya order Salted Egg Spaghetti sebab staff dekat sini cakap antara makanan yang selalu pelanggan order kalau datang ke Atas Cafe adalah Salted Egg Spaghetti. Minuman saya order Dolce Frappe dan dessert pulak Biscoff Chocolate Cake.

Cafe baru sedap di Tanah Merah Kelantan

Cafe baru sedap di Tanah Merah Kelantan

Guys! Kalau korang datang Atas Cafe please la cuba Salted Egg Spaghetti nih at least once  sebab rasa dia memang sedap dan tak muak! Portion dia pun banyak. Tengok la boneless chicken yang di letak tuh menggunung. Tipulah kalau tak terliur kan hehe.

Dolce Frappe Atas Cafe Tanah Merah

Biscoff Chocolate Cake

Korang penggemar Frappe? Wajib order Dolce Frappe dekat Atas Cafe nih sebab memang berbaloi. Kalau korang tengok dalam menu, ada banyak pilihan frappe. Tak nak coffee based boleh order strawberry Frappe dan lain lain. Biscoff Chocolate Cake? Terbaik guys! Korang boleh order dan share dengan kawan sebab portion dia agak besar. 

Ini apa yang aku makan masa second visit 2022*

Untuk second visit nih sebenarnya aku nak makan smoked beef aglio olio sebab aku memang suka makan aglio olio tapi tak suka seafood. Jadi, aku plan nak order yang tuh tapi sayang masa pergi tuh tak ada smoked beef pulak. Terpaksa order yang lain. Last last order chicken chop jer.


Selalunya kalau makan chicken chop dorang akan letak mashed potato tapi dekat sini lain macam sikit. Dorang letak telur mata. Rasa dia biasa biasa jer nothing special. Masih tak dapat lawan Salted egg spaghetti yang aku makan tahun lepas hehe. 


Minuman pulak aku order ButterBeer Frappe and last one aku teringin nak try croffle sebab sekarang kan tengah trending orang makan croffle tapi aku tak tahulah kenapa aku order croffle cheddar cheese. Aku patut order nutty nutella atau pun butter & mapple confirmed sedap yang tuh. Yang cheddar cheese nih aku tak habis makan pun sebab tak suka sangat dia punya burn taste dekat cheddar cheese tuh. 


Pertama kali datang sini memang puas hati sebab semua makanan yang aku order sedap sedap. Repeat? Semestinya sebab ada beberapa menu lain yang menarik perhatian aku. Kali kedua aku datang ok ok jer maybe sebab salah pilih makanan haha tapi cafe makin cantik dan aesthetic. Hopefully another visit aku boleh order smoked beef aglio olio tuh.

Korang nak datang? Boleh refer info dekat bawah nih ya.

Alamat : No. 30-1, Kompleks Perniagaan Humaira, Jalan Taman Hiburan, 17500 Tanah Merah , Kelantan.
Waktu Operasi : Setiap Hari (1200 Tengahari - 1000 Malam) 
Terbaru Lebih lama