Cara Ubah Hidup Dengan Bina Bisnes Berjaya Virtual Online

Cara Ubah Hidup Dengan Bina Bisnes Berjaya Virtual Online | Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama yang dilalui oleh semua rakyat Malaysia adalah pada 18 Mac 2020. Sekarang ini dah masuk bulan Mac tahun 2021! Sudah lebih setahun kita berperang dengan Covid 19.

Ramai diantara kita terjejas dengan apa yang berlaku. Ada yang diberhentikan kerja dan hilang punca pendapatan, ada juga yang masih mempunyai kerja tetapi dipotong gaji dan elaun. Itu belum termasuk dengan mereka yang diberikan cuti dan lain lain.

Korang pernah tak dengar berita mengenai seorang suri rumah yang ditahan selepas gagal membayar barang barang makanan dan ubat berharga RM58? Kalau korang nak tahu, Berita ini tular sekitar bulan januari yang lepas. 
Itu adalah salah satu impak yang dirasai oleh rakyat Malaysia ketika berhadapan dengan pandemik Covid 19 ini. Hal sebegini pastinya akan memberi tekanan kepada sesiapa sahaja yang menghadapinya dan berkemungkinan akan mendatangkan masalah kesihatan mental seperti kemurungan.

Satu kajian diterbitkan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) mendapati golongan berpendapatan rendah mempunyai kadar masalah kesihatan mental dan penyakit kronik yang lebih tinggi berbanding yang lain.Trend yang sama didapati dalam data kesihatan mental dalam kajian Ketidaksamaan Sosial dan Kesihatan Malaysia. Golongan berpendapatan paling rendah mempunyai kadar masalah kesihatan mental tertinggi dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak. 

Korang tahu tak, menurut akhbar Kosmo!  lebih 237,500 bisnes usahawan PKS terpaksa gulung tikar disebabkan oleh pandemik Covid 19? Di waktu yang sangat sukar seperti sekarang ini pastinya ramai yang mencuba pelbagai cara untuk mencari pendapatan/wang bagi meneruskan kehidupan. 

Jadi, untuk artikel kali ini saya nak kongsikan satu jalan yang boleh korang ikut untuk ubah hidup korang ke arah yang lebih baik insyaAllah.

Program Virtual Online Bina Bisness Jaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup


Bermula 26 - 28 Mac 2021, RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) akan menjalankan satu program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman secara PERCUMA untuk membantu mereka yang terjejas.

Bina Bisnes Berjaya Edisi Khas Nak Ubah Hidup

Bina Bisnes Berjaya Edisi Khas Nak Ubah Hidup

Program ini merupakan penambahbaikan dari program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK). Ianya dianggarkan berharga sekitar RM900 ke atas tetapi untuk Program kali ini ianya dibuat tanpa sebarang bayaran.

Ini adalah peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja kerana ianya adalah satu program yang pernah membantu lebih puluhan ribu ramai orang sejak dari 2008 lagi. Antara contoh usahawan yang pernah mengikuti program ini adalah pengasas jenama Sabella, Faith Fleur, Mamasab dan ramai lagi.

Program ini sesuai untuk semua orang diluar sana terutama sekali mereka yang terkesan dengan pandemik. Kalau korang nak saksikan sendiri perubahan hidup berdasarkan ilmu & pengalaman serta langkah-langkah yang terbukti ada hasilnya bolehlah  libatkan diri program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad ini.

Korang berminat? Layari ke laman web www.BinaBisnesBerjaya.com untuk pendaftaran! 
Terbaru Lebih lama