Pengeluaran i-Sinar Tanpa Syarat Bakal Diumumkan?

Pengeluaran i-Sinar Tanpa Syarat bakal Diumumkan? | Banyak betul berita tentang pemansuhan syarat i-Sinar yang saya baca hari ini. Adakah ianya bakal menjadi realiti? Nampaknya kita semua perlu tunggu pengumuman rasmi dari Kerajaan pada minggu hadapan.

Mengikut laporan yang dikongsikan oleh Astro Awani, Kerajaan masih dalam proses untuk memansuhkan syarat pengeluaran i-Sinar. Sekiranya syarat dimansuhkan, ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur bawah 55 tahun boleh mengeluarkan wang simpanan dari akaun 1 dengan lebih mudah.

cara keluarkan KWSP akaun 1

Tapi seperti yang kita semua, jumlah wang yang boleh dikeluarkan bergantung kepada baki yang ada dalam simpanan masing masing. 

Untuk ahli yang mempunyai simpanan bawah RM100,000, mereka dibenarkan untuk mengeluarkan wang sehingga RM10,000 sahaja dan ahli yang mempunyai simpanan lebih dari RM100,000 pula boleh mengeluarkan 10% dari jumlah simpanan tetapi maksimum pengeluaran adalah sebanyak RM60,000 sahaja. 

Untuk maklumat yang lebih lengkap, boleh baca disini > www.astroawani.com

Korang ada buat permohonan i-Sinar Kategori dua tak? Kalau ada, Saya doakan semoga urusan kalian semua dipermudahkan dan permohonan yang dibuat akan lulus nanti. 
Terbaru Lebih lama