Bagi mereka yang mempunyai kedai gunting rambut atau salon, pengoperasian kedai dibenarkan sehingga jam 10 malam tetapi hanya untuk perkhidmatan gunting rambut sahaja . Perkhidmatan seperti facial atau lain lain masih tidak dibenarkan. Begitu juga dengan pusat mencuci kereta dimana ianya hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam.
Untuk peniaga pasar malam pula, waktu operasi yang dibenarkan adalah bermula jam 4 petang sehingga 10 malam sahaja.
Bagaimana Reaksi Rakyat Malaysia dengan keputusan ini?
Not sure either this is good news or not 🥺 But bagus sebab dapat bantu peniaga2 kecil cari rezeki. Tapi harapnya semua dapat patuh arahan & SOP. Kalau rasa tak sihat at the frst place, pls stay at home. Pakai mask. Keluar bila perlu.
— Ainun Bajuri | panemorfi.co (@AinunBajuri) February 5, 2021
Thanks to yb @IsmailSabri60 @DGHisham @kpdnhep @MKNJPM @MITIMalaysia @MuhyiddinYassin @AzminAli @KKMPutrajaya for make it this happen 🙏💈at the same time pls follow sop and wear mask anywhere u go. Dont pull down dan pls tegur who not follow the sop. pic.twitter.com/uHpXhV0rus
— RK (@maranfire) February 4, 2021
Just SOP tolong perketatkan tu jer. I totally understand ada yg dpt sumber pendapatan dari kedai gunting rambut, pasar mlm. But please tegas dlm SOP. Siapa degil tu report polis, tangkap gambar..Especially pasar mlm.
— muhd_julhafizh (@Mjulhafizh) February 4, 2021
Walau pun 3 sektor perniagaan telah dibenarkan untuk beroperasi namun rakyat Malaysia lebih fokuskan kepada pasar malam kerana bimbang jika ianya tidak dapat dikawal dengan baik dan boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Apa pula pendapat korang tentang perkara ini? Tinggalkan pendapat korang di bahagian komen.