PEMBUKAAN BEBERAPA SEKTOR PERNIAGAAN PERUNCITAN BERKUAT KUASA 10 FEBRUARI 2021 pic.twitter.com/Du8CWTlhe1
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI (@MKNJPM) February 9, 2021
Kalau tengok senarai yang dikongsikan, banyak juga sektor perniagaan yang dibenarkan beroperasi. Dengan pembukaan beberapa sektor perniagaan ini semestinya dapat membantu ekonomi mereka yang terjejas. Selepas sekian lama tidak menjalankan perniagaan, ini adalah berita baik buat mereka.
Selain itu, bermula 10 Februari 2021 pelanggan juga dibenarkan untuk menjamu selera di kedai makan tetapi harus mengikut SOP yang ditetapkan iaitu hanya dua orang sahaja satu meja dan perlu mengamalkan penjarakan sosial.
Namun pada masa yang sama, Saya berharap peniaga dan juga pembeli diluar sana termasuk saya sendiri lebih peka dengan keadaan sekiling dan lebih serious dalam penjagaan SOP ketika berada di mana mana lokasi kedai dan tempat awam supaya kita dapat pengelakkan penularan Covid-19.