Apa Akan Berlaku Kalau Kerap Berjaga Malam? Ini adalah 4 Kesan Berjaga Malam | Saya yakin ramai diantara kita semua kerap berjaga malam. Betul tak? Salah seorangnya adalah saya sendiri. Tak tahulah kenapa sejak beberapa hari ini kerap sangat tidur lambat.
Kadang kadang tuh tak sedar pun! Bila tengok jam baru perasan. Nampaknya kena buat perubahan ini sebab kalau korang nak tahu, tidur lewat atau kerap berjaga malam akan memberikan kesan yang negatif pada tubuh kita.
Apakah Kesan Kerap Berjaga Malam?
Elak kerap berjaga malam kerana boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan fizikal dan mental.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) February 3, 2021
Orang dewasa disaran tidur sekurang-kurangnya 7 jam sehari.
Rancang waktu tidur anda untuk mendapatkan rehat secukupnya. pic.twitter.com/YG5Z1bR5Sk
Banyak juga kesan buruk yang akan berlaku bila kita tidak menjaga waktu tidur dengan baik. Patutlah dulu dulu kita disarankan untuk mendapatkan tidur yang cukup waktu belajar. Rupa rupanya kalau tak cukup tidur boleh menyusutkan "white matter" yang penting untuk proses pembelajaran.
Tak sangka pula yang kerap berjaga malam boleh menggangu metabolisme badan dan perubahan hormon. Patutlah bila tengah malam jer mesti craving nak makan atau tiba tiba lapar. Korang pernah tak lalui keadaan macam ini?
Saya harap dengan perkongsian kali ini dapat memberi kesedaran kepada semua pembaca termasuk saya bahawa tidur yang cukup sangat penting untuk tubuh badan. Jom kita sama sama ubah pola tidur supaya tubuh badan sentiasa sihat!