Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tahun 2021 | PKP 2.0 Bermula Rabu ini | Penantian dan tanda tanya rakyat Malaysia sudah pun terjawab apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
PKP akan dilaksanakan dalam tempoh 14 hari bermula 13 Januari 2021 hari rabu ini jam 12.01 Malam sehingga 26 Januari 2021.
7 Negeri Yang Terlibat Dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
- Selangor
- Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya)
- Pulau Pinang
- Sabah
- Melaka
- Johor
- Kelantan (Bermula 16 Januari)
5 Negeri Yang Terlibat Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
- Pahang
- Terengganu
- Negeri Sembilan
- Perak
- Kedah
2 Negeri Yang Terlibat Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKP-P)
- Sarawak
- Perlis
Syarat Yang Perlu Dipatuhi Sepanjang PKP, PKPB, PKP-P
Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan. Antaranya adalah :
- Rentas Negeri & Daerah tidak dibenarkan.
- Aktiviti sosial TIDAK DIBENARKAN.
- Hanya dua orang anggota isi rumah dibenarkan dalam kenderaan yang sama.
- 30% pekerja dibenarkan bekerja dalam pejabat (kumpulan pengurusan).
- Pergerakan terhad dalam 10KM radius sahaja bagi membeli barang keperluan.
- Kedai makan dan gerai penjaja dibenarkan beroperasi tetapi untuk Take away sahaja.
- Aktiviti keagamaan, hanya ahli jawatan masjid/rumah ibadat dibenarkan dengan jumlah maksimum 5 orang sahaja.
Syarat syarat untuk PKPB dan PKP-P pula adalah seperti berikut.
- Rentas negeri TIDAK DIBENARKAN.
- Negeri negeri di bawah perlaksanaan PKP-P, aktiviti sosial DIBENARKAN tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat.
- Aktiviti sosial di negeri PKPB TIDAK DIBENARKAN.
- Kedai makan dan gerai penjaja dibenarkan beroperasi seperti yang telah ditetapkan oleh SOP.
- Aktiviti keagamaan, masih dibenarkan dengan bilangan kehadiran minimum yang ditetapkan dalam SOP.
*Mana mana individu melanggar larangan yang telah ditetapkan boleh dikenakan kompaun maksimum RM1000.
Macam mana pula dengan sektor ekonomi?
Terdapat lima (5) sektor ekonomi perlu (Essential Economic Sector) yang dibenarkan beroperasi iaitu :
- Pembinaan
- Perkhidmatan
- Pengilangan dan Pembuatan
- Perdagangan dan Pengedaran
- Perladangan dan Komoditi
Pelajar dan calon peperiksaan utama termasuklah mereka yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi sesi 2020 dan 2021 diberikan pengecualian. Mereka dibenarkan menghadiri sekolah dengan SOP yang ketat.
Kegiatan beriadah juga dibenarkan tetapi korang perlu mematuhi SOP berikut.
Beriadah dibenarkan tetapi dengan anggota isi rumah sahaja. Pastikan jarak dari orang lain dua (2) meter setiap masa. Kalau nak jogging, jangan lebih daripada dua (2) orang dan kalau berbasikal, jangan berkumpulan (cukup seorang sahaja).