Cara Memohon I-sinar Kategori 2 | Panduan Menghantar Dokumen Sokongan

Cara Memohon I-sinar Kategori 2 | Panduan Menghantar Dokumen Sokongan | Seperti yang dimaklumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permohonan i-Sinar kategori 2 akan mula dibuka pada 11 Januari 2021.


Cara Untuk Memohon i-Sinar Kategori 2

Sama seperti i-Sinar Kategori 1, Permohonan i-Sinar Kategori 2 juga boleh dibuat secara online di laman sesawang isinar.kwsp.gov.my. Berikut adalah langkah langkah untuk memohon i-sinar kategori 2 :

  1. Layari laman sesawang isinar.kwsp.gov.my dan pilih PERMOHONAN BARU.
  2. Pilih situasi anda dengan memilih TIDAK.
  3. Isikan nombor Mykad atau MyPR dan masukkan nombor telefon
  4. Tekan butang "TERUSKAN"
  5. Isikan nombor OTP (One Time Password) yang diterima melalui SMS dan sahkan nombor OTP tersebut atau jawab SOALAN KESELAMATAN untuk pengesahan.
  6. Tetapkan amaun pilihan.
  7. Tetapkan bayaran bulan pertama dan tekan teruskan.
  8. Lengkapkan maklumat pemohon yang wajib diisi.
  9. Lengkapkan maklumat bayaran dan tekan TERUSKAN.
  10. Lengkapkan maklumat pengurangan pendapatan dan muat naik dokumen sokongan yang berkaitan.
  11. Semak maklumat pemohon dan maklumat pembayaran. Selepas tandakan ✓ dan tekan hantar.
  12. Permohonan diterima dan akan diproses.

cara keluarkan duit kwsp akaun 1

Panduan Ringkas Untuk Menghantar Dokumen Sokongan i-Sinar Kategori 2

Untuk permohonan i-Sinar Kategori 2 memerlukan korang untuk memuatnaik dokumen sokongan dan KWSP telah berkongsi info ringkas di Instagram mereka berkenaan hal ini bagi melancarkan lagi proses permohonan korang.
  • Ambil  gambar menggunakan phone juga boleh tetapi pastikan ianya terang dan boleh dibaca. 
  • Gunakan flash jika perlu supaya gambar dokumen yang diambil itu jelas.
  • Posisikan kamera telefon yang digunakan betul betul berada di atas dokumen yang ingin diimbas.

Korang boleh rujuk infografik yang disediakan oleh KWSP seperti dibawah.

cara memohon i-Sinar kategori 2
cara memohon i-sinar Kategori 2
Cara memohon i-sinar kategori 2

Contoh Dokumen Sokongan :

  • Slip Gaji
  • Surat Pengesahan Majikan
  • Penyata Bank
  • Notis Pemotongan Elaun/OT
  • Notis Pemberhentian
      Kelulusan Automatik hanya dapat dibuat sekiranya terdapat pengurangan caruman. Jadi, semakan secara manual akan dilakukan berdasarkan dokumen sokongan yang korang berikan semasa permohonan dibuat. 
      Terbaru Lebih lama