Cara Mudah Semak Wang Tidak Dituntut Secara Online | Apakah yang dimaksudkan dengan wang yang tidak dituntut? Wang Tidak Dituntut (WTD) adalah wang yang sepatutnya dibayar kepada individu atau syarikat tetapi tidak dibayar dalam tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun seperti :
Cara untuk membuat semakan wang tidak dituntut sangat mudah. Korang hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan (lama atau baru), nombor tentera, nombor polis, nombor passport, nombor sijil kelahiran atau nombor pendaftaran syarikat/firma dan tekan cari.
- Gaji
- Bonus
- Komisen
- Dividen
- Baki kredit simpanan yang tidak aktif
- Tuntutan insurans dan lain lain
Empat (Langkah) Mudah Untuk Menyemak Wang Tidak Dituntut (WTD) Secara Online
- layari laman sesawang https://egumis.anm.gov.my/
- Daftar
- Log masuk
- Semak
Saya pun dah buat semakan, bila baca details baru teringat dulu pernah buka satu akaun bank tapi dah lama tak aktif. Rupa rupanya masih ada baki dalam RM20 dalam akaun tuh. Jadilah kan RM20 pun duit.
Musim corona virus (Covid 19) ini kalau ada rezeki jatuh dari langit kita grab sahaja. Korang pun boleh buat semakan juga menggunakan laman sesawang eGumis. Ikut sahaja langkah mudah yang saya kongsikan.
Saya harap dengan perkongsian dapat membantu korang menyemak wang tidak dituntut secara atas talian dengan lebih mudah dan cepat tanpa perlu ke Jabatan Akautan Negara Malaysia (JANM).