Cara Mencuci Pakaian Kes Positif Covid-19 Yang Dikuarantin Di Rumah | Kes Covid-19 di negara kita semakin meningkat dan beberapa kes positif Covid-19 dibenarkan untuk kuarantin di rumah.
Kuarantin di rumah sebenarnya agak rumit dan memerlukan pemerhatian dari pelbagai segi termasuklah cara membasuh pakaian kes positif Covid-19.
Kementerian Kesihatan Malaysia baru baru ini telah berkongsi tentang saranan yang perlu dipatuhi ketika membersihkan pakaian dan linen yang telah digunakan oleh kes positif Covid supaya kadar kebolehjangkitan virus tersebut dapat dikurangkan/dielakkan.
Buat ahli keluarga/rakan serumah yang menjaga kes positif #COVID19 yang dibenarkan kuarantin di rumah.Patuhi saranan ini ketika mencuci pakaian dan linen yang telah digunakan positif COVID-19.Pastikan anda pakai pelitup muka dan sarung tangan pakai buang. pic.twitter.com/Ey60WEfGhs— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) January 24, 2021
Bila baca saranan yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini rasa macam "Ya Allah, complicated jugak ya" walau pun rutin yang perlu dibuat nampak senang tapi disebabkan kita tak biasa berkemungkinan akan terlupa. betul tak?
Tapi macam mana sekali pun kita kena ikut apa yang disarankan supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Bila dah jadi macam ini barulah rasa bersyukur tuh datang.
Untuk korang dekat luar sana yang berhadapan dengan virus ini, saya doakan semoga urusan korang dipermudahkan, diberikan kekuatan dari segi fizikal dan mental dalam mengharungi dugaan Covid-19.