Senarai Pakej Bantuan Permai 2021 | Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia atau lebih dikenali dengan Pakej Bantuan PERMAI yang bernilai sebanyak RM15 Billion.
Pakej bantuan PERMAI ini bertujuan untuk menambahbaik inisiatif sedia ada yang masih lagi berterusan dan juga mempercepatkan perlaksanaan inisiatif yang berkaitan.
Untuk pengetahuan semua, terdapat 22 inisiatif yang akan dilaksanakan dibawah pakej bantuan PERMAI. Bantuan ini berteraskan tiga (3) matlamat utama :
- Memerangi Wabak Covid-19.
- Memelihara kebajikan Rakyat.
- Menyokong Kelangsungan Perniagaan.
Untuk Memerangi Covid-19 :
- Dana tambahan sebanyak RM1 Billion (Merangkumi RM800 Juta kepada Kementerian Kesihatan dan selebihnya kepada Majlis Keselamatan Negara & Agensi Agensi lain yang terlibat).
- Bekalan - tambahan kit saringan serta peralatan PPE terutamanya kepada petugas kesihatan.
- Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengumumkan tentang perancangan program vaksinasi dimana kerajaan telah menandatangani tiga (3) perjanjian dengan syarikat pengeluaran vaksin dan dijangka menerima bekalan vaksin yang pertama pada hujung bulan Februari akan datang.
Garis panduan dan kaedah penentuan bagi individu yang perlu mengambil vaksin akan dihebahkan.
- Kerajaan juga akan menambah lebih 3500 petugas kesihatan yang mula bertugas pada hujung bulan Januari dengan peruntukan tambahan sebanyak 150 Juta.
- Pemberian one-off sebanyak RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan dan RM300 petugas barisan hadapan yang lain akan mula dibayar dalam suku tahun pertama tahun 2021.
- Bayaran bulan sedia ada sebanyak RM600 (Petugas barisan hadapan kesihatan) dan RM200 (Petugas barisan hadapan yang lain) masih lagi diteruskan sehingga wabak Covid-19 berakhir.
- Hospital Swasta juga bersetuju untuk menerima dan merawat pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19 bagi mengurangkan tekanan pada sistem kesihatan awam.
- SOP bagi pembinaan bangunan semasa PKP mensyaratkan syarikat menyediakan peginapan lengkap dan menghadkan pekerja ke tapak pembinaan serta memperketatkan amalan SOP , menambahbaik penginapan dan kawalan pergerakan pekerja asing serta meningkatkan saringan bagi menyokong usaha membendung penularan Covid-19.
- PERKESO juga terlibat dalam program ujian saringan Covid-19 ke atas pekerja asing yang berdaftar. Kos saringan akan ditanggung sepenuhnya oleh PERKESO di zon zon merah untuk mengenalpasti kluster Covid-19 di tempat kerja.
- Bagi mengalakkan individu membuat ujian saringan covid-19, skop pelepasan cukai bagi perbelanjaan pemeriksaan kesihatan yang telah dinaikkan kepada RM500 kini diperluaskan untuk meliputi bayaran ujian pengesanan Covid-19.
Untuk Memelihara Kebajikan Rakyat
- Bayaran fasa terakhir Bantuan Prihatin Nasional 2.0 BPN 2.0 akan dipercepatkan kepada 21 Januari 2021.
- Peruntukan sebanyak RM2.2 Bilion disediakan untuk Bantuan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang akan memanfaatkan lebih 400,000 penerima.
- JKM juga akan melaksanakan Program Bakul Makanan yang melibatkan makanan keperluan yang bernilai RM100/setiap bakul bagi setiap isi rumah yang layak.
- Potongan cukai kepada penderma yang menyumbang wang tunai atau barangan serta membantu rakyat yang terkesan dengan Covid-19.
- Bantuan Moritorium dan pengurangan bayaran balik pinjaman akan terus disediakan. Moritorium termasuk lanjutan Moritorium dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank bank seperti yang diumumkan sebelum ini. Bagi negeri yang dilanda banjir, 15 bank telah pun menawarkan moritorium bayaran balik pinjaman.
- Pembayaran pendahuluan sehingga RM1000 untuk kategori 2 akan dilaksanakan. *maklumat lanjut akan dimumkan oleh KWSP
- Pelepasan cukai khas sehingga RM2500 ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet akan dilanjutkan sehingga 31 December 2021.
- Pemberian data 1GB internet percuma akan dilanjutkan sehingga April 2021.
- Pakej telekomunikasi khas untuk pelajar SPM dan STPM akan diperluaskan kepada pelajar IPT dan ianya juga akan dilanjutkan sehingga April 2021.
- Pengecualian Cukai Jualan kenderaan penumpang CKD & CBU dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021.
- Peminjam PTPTN boleh memohon moritorium selama tiga (3) bulan. Permohonan penanguhan bayaran boleh dibuat sehingga 31 Mac 2021.
Menyokong Kelangsungan Perniagaan
- Program Subsidi Upah 3.0 akan ditambahbaik dimana semua majikan yang beroperasi dalam tempoh PKP layak untuk memohon tanpa mengira sektor. Majikan yang layak akan menerima subsidi upah bernilai RM600 bagi setiap pekerja yang bergaji kurang daripada RM4000 (Had 200 pekerja akan ditingkatkan kepada 500 pekerja).
- Kerajaan akan melonggarkan syarat permohonan Sistem Insurans Perkerjaan Prihatin (SIP) PERKESO.
- Peruntukan sebanyak RM24 Juta disediakan oleh Kerajaan untuk membiayai caruman penuh "deliver riders" dibawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO.
- Bantuan kewangan melalui Geran Khas Prihatin Tambahan akan diperluaskan kepada 500,000 PKS di tujuh (7) negeri PKP dengan bayaran RM1000 dan 300,000 PKS di negeri yang lain menerima RM500.
- Bantuan "one-off" akan diberikan kepada pemandu pelancong, pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.
- Pengecualian Duti Eksais dan Cukai Jualan bagi tujuan pindah milik, pelulupas dan kegunaan persendirian dilonggarkan dari 7 tahun kepada 5 tahun mulai 1 Januari sehingga 31 December 2021.
- Untuk membantu aliran tunai Mikro dan PKS, kerajaan akan mempercepatkan skim mikro kredit.
- Kerajaan juga akan mempercepatkan perlaksanaan kempen e-dagang PKS, PKS mikro dan Kempen Shop Malaysia Online dengan peruntukan RM300 Juta.
- Menambahbaik Skim Jaminan Perihatin Danajamin dengan meningkatkan pembiayaan maksimum daripada RM500 Juta kepada RM1 Bilion, memperluaskan skop pembiayaan kepada perbelanjaan modal dengan tempoh jaminan 10 Tahun dan membenarkan syarikat milik asing yang beroperasi di Malaysia mendapat jaminan SJPD dengan syarat jumlah pekerja tempatan sekurang kurangnya 75%.
- MARA akan meneruskan program MARA Prihatin dimana :
- Peminjam boleh memohon untuk membuat penjadualan semula bayaran balik atau Moratorium pinjaman sehingga 31 Mac 2021.
- Usahawan MARA yang terkesan dengan Covid-19, PKP dan bencana banjir boleh membuat penjadualan semula untuk pinjaman perniagaan MARA.
- Penyewaan premis perniagaan, MARA akan memberian diskaun 30% sehingga April 2021.
- Potongan Cukai Khas kepada syarikat yang memberi pengurangan sewa premis perniagaan sekurang kurangnya 30%.
- Bagi syarikat yang tidak dapat beroperasi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Pembangunan Sumber Manusia Berhad akan mengecualikan LEVI majikan.
- Kerajaan akan memberikan diskaun khas bil eletrik sebanyak 10% bagi tempoh januari hingga Mac 2021 kepada 6 sektor terpilih di seluruh negara.
- Rebat eletrik juga akan diberikan kepada pengguna TNB domestik dan bukan domestik pada kadar 2 sen/kilowatt-jam mulai 1 Januari sehingga 30 Jun 2021.
- Syarikat jaminan perniagaan akan memperkenalkan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas & Teksi. 50% jaminan ke atas pinjaman akan disediakan bagi bas terpilih.
- Penambahbaikan akta langkah langkah sementara bagi mengurangkan kesan penyakit Covid-19 dengan melanjutkan tempoh kuatkuasa ketidakupayaan untuk melaksanakan obligasi kontraktual kepada 31 Mac 2021 yang meliputi perjanjian sewa beli atau kontrak pajakan dan kontrak jualan.