Cara Kawal Kencing Manis | Program Mengawal Kencing Manis Secara PERCUMA! | Diabetes atau lebih dikenali dengan Kencing Manis adalah situasi di mana tahap kandungan gula di dalam darah lebih tinggi daripada kebiasaannya. Diabetes akan berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau sel badan tidak lagi peka dengan insulin.
Berapakah jumlah bacaan gula dalam darah yang normal? Boleh tengok gambar dibawah untuk rujukan.
Jenis Jenis Kencing Manis atau Diabetes
Diabetes jenis 1 - Insulin Dependent Diabetes Mellitus (Diabetes Awal Remaja)
- Berlaku disebabkan oleh kegagalan pankreas menghasilkan Insulin.
- Biasanya berlaku pada kanak kanak dan remaja.
- Hampir 10% penghidap diabetes adalah dalam kategori Jenis 1.
Diabetes jenis 2 - Non Insulin Dependent Mellitus
- 90-95% rakyat Malaysia menghidap diabetes jenis ini.
- Ianya berlaku disebabkan oleh sel badan tidak lagi peka dengan hormon insulin (dikenali sebagai rintangan insulin atau penghasilan insulin yang berkurangan.
Diabetes Kehamilan (Gestational Diabetes)
- Berlaku ketika hamil yang melibatkan 4-9% kehamilan.
- Selalunya pulih selepas melahirkan anak.
- Bayi berisiko mempunyai berat badan berlebihan.
- Ibu mempunyai 40-60% risiko untuk mendapat diabetes jenis 2 jika tidak mengawal kadar kandungan gula dalam darah dengan baik.
Pre - Diabetes
- Mempunyai tanda awal diabetes dan masih diperingkat awal.
- Boleh dicegah dan sembuh sepenuhnya.
- Jika tidak mengubah atau mengamalkan gaya hidup sihat, individu berisiko mendapat diabetes dalam masa 5 Tahun.
Bagaimana dengan tahap kandungan gula dalam darah korang sekarang? Masih normal atau sudah berada di tahap yang membimbangkan? Walau apa pun keputusannya, kita perlu mengambil inisiatif untuk mengelak dan mengawal kencing manis dengan kadar segera kerana menurut Datuk Seri Dzulkefly, Menteri kesihatan (2019), 7 Juta rakyat Malaysia dijangka menghidap kencing manis atau diabetes menjelang tahun 2025.
Apakah punca kencing manis?
Terdapat beberapa punca atau faktor yang boleh menyebabkan kencing manis. Antaranya adalah :
- Mempunyai tahap kolestrol yang tinggi.
- Wanita yang mempunyai sejarah diabetes semasa mengandung.
- Menghidap Hipertensi.
- Mempunyai tahap kolestrol yang tinggi.
- Berat berlebihan atau Obesiti.
- Gaya hidup yang tidak sihat.
Oleh sebab itu kita disarankan untuk membuat ujian saringan asas kesihatan setiap tahun. Dengan ujian ini kita boleh memeriksa tahap kesihatan kita. Ujian saringan asas yang boleh dibuat merangkumi pemeriksaan aras gula, tekanan darah, kolestrol dalam darah dan lain lain.
Apabila seseorang individu menghidapi kencing manis atau diabetes, ianya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana penyakit ini perlu dikawal dengan betul. Sekiranya ia tidak dikawal dengan baik, kencing masih boleh memberi kesan yang berbahaya kepada tubuh badan kita.
Apakah yang akan berlaku sekiranya kencing manis tidak dikawal?
- Boleh menyebabkan masalah penglihatan seperti buta.
- Berisiko mendapat penyakit jantung.
- Berisiko mendapat ulser dan amputasi kaki.
- Kebas atau hilang deria rasa pada tangan dan kaki.
- Berisiko mendapat strok.
- Berisiko untuk mengalami kegagalan buah pinggang.
Dengan Mengikuti Program Yang Betul, Penyakit Kencing Manis Boleh Dikawal!
Untuk pengetahuan semua, baru baru ini terdapat sebuah platform sehenti yang diterajui oleh ahli profesional kesihatan telah dilancarkan bagi memberikan pemantaun kesihatan secara PERCUMA kepada mereka yang menghadapi masalah kencing manis atau diabetes.
Program yang bakal berlangsung selama 14 hari bermula 1 Februari 2021 hingga 14 Februari 2021 ini melibatkan beberapa orang doktor perubatan, Dietitian dan Nutritionist yang akan memantau seramai 150 orang ahli terpilih yang berdaftar di laman web www.kawalkencingmanis.com.
Tapi sekiranya terlepas mengikuti program ini pada bulan februari, korang boleh sertai batch seterusnya yang akan dibuat pada 1 Mac 2021 hingga 14 Mac 2021.
Ini adalah peluang yang boleh kita gunakan untuk belajar cara cara mengawal kencing manis dengan betul dan berkesan daripada mereka yang lebih pakar tanpa sebarang bayaran.
Program ini bukan hanya untuk mereka yang disahkan menghidap kencing manis sahaja tetapi ianya dibuka kepada individu yang berisiko tinggi menghidap kencing manis dan kenalan terdekat yang mempunyai masalah yang sama.
Pada pendapat saya, program seperti ini sangat diperlukan lebih lebih lagi dengan keadaan negara kita yang masih lagi berperang dengan Covid-19. Seperti yang kita semua tahu, mereka yang meninggal dunia disebabkan oleh virus Covid-19 mempunyai sekurang kurangnya satu masalah kesihatan dan kencing manis adalah penyumbang terbesar kepada kematian Covid-19 iaitu sebanyak 70%.
Statistik Kematian Covid-19 di Malaysia, 11 Oktober 2020
Statistik Kematian Covid-19 di Malaysia, 11 Oktober 2020
Dengan menyertai program ini selama 14 hari, peserta akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti untuk membantu mereka mengawal masalah kencing manis dengan lebih teratur.
Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program tersebut adalah :
- Cara pengambilan nutrisi yang berkesan dari sumber alam semula jadi.
- Aktiviti senaman tanpa keluar rumah (sangat berguna untuk diamalkan pada waktu PKP).
- Berkongsi jadual pemakanan yang membantu menurun bacaan gula dalam darah.
- Latihan pengawalan stress.
- Kaedah tidur lena tanpa rasa dan gangguan ingin ke tandas setiap malam.
Seperti yang saya maklumkan, Program ini adalah PERCUMA!
Memandangkan kita masih lagi dalam perintah kawalan pergerakan PKP, Program ini akan di adakan secara atas talian. Jadi, peserta tidak perlu risau tentang hal hal berkaitan dengan keselamatan diri.
Mengadakan program atas talian seperti ini adalah satu langkah yang bijak kerana ianya boleh disertai oleh semua orang tidak kira dimana sahaja mereka berada.
Saya harap dengan perkongsian ini dapat membantu mereka diluar sana mengawal masalah kencing manis yang dihadapi. Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai program ini, sila layari laman web dan social media program mengawal kencing manis yang saya kongsikan dibawah ini.
Daftar Program Kawal Kencing Manis di laman web ini :
Facebook Page :
Instagram :