Bantuan Untuk Belia Bernilai RM100 Di Aplikasi Touch n' Go eWallet, Boost & Grab Pay! | Semasa Pembentangan Belanjawan 2021 sebelum ini, bantuan e wallet sebanyak RM50 untuk belia yang berumur antara 18 hingga 20 telah diperkenalkan.
Selepas itu, penambaikan telah dilakukan dimana nilai bantuan eWallet dinaikkan daripada RM50 kepada RM100 dan pada masa yang sama bantuan ini diberikan juga kepada mahasiswa di IPTA dan IPTS yang berumur lebih dari 20 tahun.
Bantuan RM100 akan dikreditkan secara one-off ke dalam akaun eWallet korang.
Cara Untuk Mendapatkan Bantuan eWallet RM100
Seperti yang saya kongsikan, bantuan eWallet sebanyak RM100 ini akan dimasukkan ke dalam akaun eWallet korang. Download salah satu aplikasi eWallet yang korang nak samada Touch n' Go eWallet, Boost atau pun Grab.
Selepas itu,daftar dan verifakasi akaun tersebut menggunakan kad pengenalan korang. Isi semua maklumat yang diperlukan. Kalau korang layak untuk mendapatkan bantuan barulah boleh tebus.
Macam mana nak tahu dapat ke tak? Buat masa ini masih belum ada informasi berkenaan dengan hal ini. Jadi, pastikan korang bookmark blog luqmanzakaria, sekiranya ada info terbaru berkenaan bantuan ini saya akan kemaskini.