Kedai Makan Nasi Campur di Kota Bharu | Restoren Syakila Ada Banyak Pilihan Lauk Pauk! | Makanan ruji penduduk di Malaysia adalah Nasi! Memang tak boleh lari dah kan. Kalau tak makan nasi memang tak akan rasa kenyang. Jadi, untuk artikel kali ini, saya akan kongsikan satu tempat makan yang korang boleh singgah kalau datang melawat Negeri Kelantan.
Kedai makan yang saya maksudkan adalah Restoren Syakila yang terletak di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu Kelantan. Apa yang korang boleh makan dekat sini?
Kalau korang nak tahu, Restoren Syakila adalah kedai makan yang berkonsepkan "nasi campur" dimana mereka menyediakan pelbagai jenis pilihan lauk pauk yang boleh buat kita pening tak tahu nak pilih yang mana satu.
Seriously memang banyak pilihan lauk pauk yang ada dekat restoren ini. Dari jauh memang tak rasa macam terliur tapi kalau tengok satu satu korang akan dilemma sekejap hehe. Jom kita tengok apa yang ada dekat sini.
Restoren SyakilaJalan Sultan Yahya Petra,15200 Kota Bharu,Kelantan.Dibuka dari Jam 7am - 7pm Setiap Hari09-7436292