Menginap Di Hotel Baru Ibis Styles Kota Bharu Kelantan | Promosi Harga Bilik Murah! | Untuk artikel kali ini, saya akan berkongsi tentang salah satu hotel yang wajib dikunjungi di Kelantan iaitu Ibis Styles Kota Bharu.
Baru baru ini, saya berpeluang untuk menginap di Ibis Styles Kota Bharu selama dua hari satu malam. Apa yang menarik dengan Ibis Styles Kota Bharu? Jom baca artikel ini sampai habis.
Lokasi Ibis Styles Kota Bharu
Ibis Styles Kota Bharu mula dibuka pada 7 Disember 2020 dengan konsep yang cantik dan moden. Hotel ini terletak di pusat bandar Kota Bharu bersebelahan sungai Kelantan & berdekatan dengan Istana Negeri Kelantan yang baru.
Ibis Styles Kota Bharu Hotel
Alamat : Lot 184, Lorong Minyak Gas,Off Jalan Sultanah Zainab, 15050 Kota Bharu, Malaysia.
Tel : +6097408000
Email : H9928-RE@accor.com
Antara Kemudahan yang ada di Ibis Styles Kota Bharu Kelantan
Ibis Styles Kota Bharu mnyediakan pelbagai jenis kemudahan kepada pengunjung. Antaranya adalah :
- Lobi hotel yang luas dan ruang menunggu yang instaworthy
- Business Centre
- Bilik yang selesa
- Cafe & Restoren yang besar dan luas untuk sarapan, makan tengahari & makan malam
- Kolam renang (Swimming Pool)
- Gymnasium yang lengkap dengan peralatan untuk bersenam
- Meeting room & Hall
- Playroom untuk kanak kanak
- Ruang parking kereta untuk pengunjung
1. Suasana lobi hotel yang luas dan cantik
Melangkah sahaja masuk ke dalam hotel korang akan nampak lobi yang sangat luas dan cantik. Satu idea yang sangat bersesuaian dengan keadaan semasa kerana zaman sekarang semua orang suka kan tempat yang instagrammable untuk bergambar.
2. Business Centre
Salah satu kemudahan yang boleh digunakan adalah business center yang berada bersebelahan kaunter reception. Terdapat dua personal computer (PC) disediakan untuk kegunaan tetamu .
Servis berbayar untuk photocopy & printing juga disediakan.
3. Jenis Jenis Bilik yang ada di Ibis Styles Kota Bharu Kelantan.
Terdapat tiga (3) jenis/kategori bilik yang ditawarkan oleh Ibis Styles Kota Bharu iaitu Superior, Family Room & Deluxe Suite.
Superior Room
Bilik pertama yang saya nak kongsikan adalah bilik superior. Korang boleh pilih samada nak "queen bed"atau "2 Single beds".
Bilik superior di Ibis Styles Kota Bharu bersaiz 237 kaki persegi. Bilik ini dilengkapi dengan pelbagai jenis kemudahan yang diperlukan oleh tetamu seperti :
- Bathroom amenities
- Big Towel
- Face Towel
- Hand Towel
- Tooth brush
- Toothpaste
- Hair Brush
- Shower cap
- Lotion & lain lain
- Hairdryer
- Coffee & Tea making facilities
- Minibar
- Torchlight
- Safety Box
- In-room Slipper
- Iron
- Iron Board
- Telephone
- Wifi (Complimentary)
- Mineral water (Complimentary)
- Television (43 Inci)
Menariknya, Ibis Styles Kota Bharu menggunakan perkhidmatan IPTV Entertainment untuk memberikan service yang terbaik buat tetamu mereka. Selain itu, korang juga boleh menonton pelbagai jenis filem secara percuma menggunakan TV di dalam bilik.
kebanyakan perkhidmatan yang disediakan untuk tetamu yang menginap di hotel ini boleh dilihat melalui TV dalam bilik sahaja contohnya menu room service, billing & informasi penerbangan. Satu iniatif yang sangat bagus dan pastinya ia lebih eco-friendly.
Bermula tahun 2021, Bilik di Ibis Styles Kota Bharu akan dilengkapi dengan Arissto Coffee Machine & wireless charging station.
Family Room
Bilik family pula bersaiz 301 kaki persegi dimana ianya mampu memuatkan satu katil sofa (Sofa Bed). Kemudahan dalam bilik juga sama seperti bilik superior dimana tetamu boleh menikmati pelbagai servis yang ada.
Ruang yang luas ini mampu memuatkan empat (4) orang tetamu. Personally, saya sangat suka dengan meja yang disediakan dalam bilik ini. ianya sangat sesuai untuk mereka yang ingin menggunakannya sebagai tempat bekerja.
Kerja dari rumah atau Work From Home (WFH) dah biasa sangat kan! Jadi, apa kata kita bekerja dari hotel pulak. Kadang kadang kena tukar environment juga. betul tak?
Deluxe Suite
Bilik terakhir yang saya nak kongsikan adalah Deluxe Suite yang berkeluasan 474 kaki Persegi. Bilik ini juga boleh memuatkan empat (4) orang tetamu sama seperti Family room tetapi Deluxe Room lebih istimewa kerana dilengkapi dengan
Smart Coffee Table.
4. Cafe & Restoren di Ibis Styles Kota Bharu Kelantan
Terdapat tiga (3) tempat makan yang korang boleh dikunjung iaitu Streats Cafe, Lobby Cafe & Hari Hari Kopi.
Streats Cafe
Cafe ini menyediakan pelbagai jenis masakan tempatan dan antarabangsa. Di cafe ini korang juga berpeluang untuk merasai makanan aunthentic negeri kelantan seperti nasi kerabu dan lain lain. Ianya dibuka untuk sarapan pagi, makan tengahari & makan malam.
Breakfast/sarapan pagi
Dibuka seawal 0700 pagi sehingga 1000 pagi.
Menghidangkan pelbagai jenis makanan seperti mee goreng, cereal, baked beans, wedges, sausages, nasi kerabu, ayam goreng, beberapa pilihan roti & buah buahan
Lunch & Dinner
Untuk makan tengahari (Lunch) & makan malam (dinner), Streats Cafe menyediakan menu ala carte.
Pelbagai jenis menu ala carte yang disediakan contohnya tom yam, mee gulung, quesadilla, chicken chop, spaghetti, burger dan banyak lagi.
Streats Cafe di Ibis Styles Kota Bharu Kelantan tidak terhad kepada tetamu yang menginap sahaja. Ianya juga dibuka kepada umum. Jadi, korang boleh datang ke Streats Cafe untuk mencuba sendiri makanan yang dihidangkan disini.
Lobby Cafe
Di bahagian lobi hotel juga terdapat satu cafe yang sangat simple iaitu Lobby Cafe. Terdapat dua "vending machine" yang menjual pelbagai jenis minuman & makanan ringan.
Korang juga boleh membeli coffee capsule di vending machine tersebut dan gunakan mesin arristo coffee yang disediakan untuk membancuh air kopi korang.
Hari Hari Kopi
Selain Streats Cafe & Lobby Cafe, korang juga boleh "hangout" di Hari Hari Kopi yang berada dibahagian luar hotel bersebelahan pintu masuk ke lobi.
Selain minuman dan kek, korang juga boleh makan nasi lemak, nasi air dingin kak chik, char kway teow, mee goreng mamak, bihun goreng, pasta, nasi goreng streats, french fries dan juga keropok lekor.
5. Swimming Pool
Salah satu kemudahan yang menjadi tumpuan ramai orang apabila menginap di hotel adalah kolam renang. Ibis Styles Kota Bharu menyediakan kemudahan tersebut untuk tetamu yang menginap disini.
Swimming pool di Ibis Styles Kota Bharu beroperasi seawal jam 800 pagi sehingga 800 malam tetapi buat masa ini waktu operasi diubah kepada 900 pagi hingga 5 petang sahaja untuk menjaga keselamatan pengguna.
6. Bersenam di Gymnasium sambil menikmati pemandangan cantik
Ibis Styles Kota Bharu juga menyediakan gymnasium untuk mereka yang suka bersenam dan yang paling best korang dapat bersenam sambil menikmanti pemandangan kota bharu yang sangat cantik lebih lebih lagi di waktu pagi.
7. Meeting Room & Hall
Sekiranya korang sedang mencari bilik meeting atau dewan untuk mengadakan apa apa majlis di Bandar Kota Bharu, Ibis Styles Kota Bharu adalah salah satu hotel yang boleh dihubungi kerana mereka menyediakan beberapa jenis bilik mesyuarat dan satu dewan besar untuk disewa.
Royal 1
Royal 2
Royal 3
Royal Hall
8. Playroom Kanak Kanak di Lobi Hotel
Salah satu kemudahan yang menarik di Ibis Styles Kota Bharu adalah playroom yang disediakan dibahagian lobi dimana kanak kanak boleh bermain dengan smart coffee table dan beberapa peralatan mainan yang lain.
9. Parking Kereta untuk Pengunjung
Korang yang memandu jangan risau kerana Ibis Styles Kota Bharu juga menyediakan kawasan parking untuk tetamu mereka.
Berikut adalah 9 Kemudahan yang ada di Ibis Styles Kota Bharu Kelantan. Walau pun hotel ini masih baru dibuka, sambutan yang mereka dapat dari tetamu sangat memuaskan.
Jadi, kalau korang nak mencuba sendiri macam mana rasanya menginap di hotel yang serba lengkap dengan pelbagai kemudahan, saya ada berita baik untuk semua.
Menginap di Ibis Styles Kota Bharu dengan Harga Murah!
Sekarang ini adalah masa yang terbaik untuk korang semua membuat tempahan di Ibis Styles Kota Bharu kerana mereka sedang mengadakan promosi bilik superior dengan harga yang sangat murah dan berpatutan.
- Superior Room (Room only) - RM118
- Superior Room + 1 Pax Breakfast - RM133
- Superior Room + 2 Pax Breakfast - RM148
Tempahan boleh dibuat melalui laman sesawang Ibis Styles Kota Bharu atau korang juga boleh hubungi mereka di nombor yang tertera dibawah.
Nombor Telefon : +6097408000
Semoga dengan perkongsian akan memberi manfaat kepada semua yang membaca.