Makan Steamboat Murah di Dapur Arang Steamboat | Korang mencari kedai steamboat yang sedap tapi pada masa yang ada banyak pilihan dan harga murah?
Apa kata korang cuba steamboat di Pasir Mas yang baru sahaja dibuka pada bulan Oktober yang lepas iaitu Dapur Arang Steamboat.
Mana macam nak cari kedai Dapur Arang Steamboat? Kalau korang nak tahu kedai ini berada berdekatan dengan Klinik Kangkong Pasir Mas. Jadi, kalau korang nak ke Tanah Merah atau ke Pasir Mas, kedai ini berada di laluan tersebut berdekatan klinik.
Macam inilah keadaan dalam kedai Dapur Arang Steamboat, sangat selesa sebab ruangnya yang agak luas dan mampu memuatkan ramai pelanggan dalam satu masa.
Kalau tak nak makan dekat dalam kedai, korang juga boleh makan dikawasan luar kedai tapi biasanya pelanggan akan makan dibahagian luar pada waktu malam.
Sekarang ini jom kita tengok pilihan makanan yang ada di Dapur Arang Steamboat.
Nikmati 10 Jenis Perapan Lauk Pauk dan pelbagai pilihan makanan steamboat!
Bahan bahan steamboat yang pelbagai semestinya akan menjadi perhatian penggemar steamboat diluar sana. Disini, korang berpeluang untuk mencuba 10 jenis perapan untuk ayam (5 perapan) dan daging (5 perapan) yang sangat menyelerakan.Selain ayam dan daging, mereka juga menyediakan pilihan lauk pauk lain contohnya kambing black pepper, udang, sotong, ketam dan Lokan.
Makan steamboat tanpa bahan bahan sejuk beku steamboat yang lain memang tak lengkaplah kan. Jangan risau sebab Dapur Arang Steamboat mempunyai banyak pilihan bahan sejuk beku untuk korang cuba.
Banyak kan! Boleh makan sampai kenyang!Tak cukup dengan itu, Dapur Arang Steamboat juga menyediakan minuman dan pemanis mulut seperti ais krim. Jadi, kalau dah kenyang makan steamboat bolehlah makan aiskrim pulak.
Banyak pilihan macam ini betul ke murah? Kalau tak percaya boleh baca details dekat bawah ini.
Makan Steamboat Di Dapur Arang Steamboat Dengan Harga RM18.90 Sahaja!
Harga yang dikenakan untuk seorang pelanggan yang ingin mencuba steamboat di Dapur Arang Steamboat Pasir Mas adalah seperti berikut.
- Dewasa - RM18.90
- Warga Emas - RM14.90
- Kanak - Kanak berumur 6 Tahun hingga 12 Tahun - RM9.90
- Kanak - Kanak bawah 5 tahun - PERCUMA
Dapur Arang Steamboat dibuka bermula jam 3 petang hingga 11 malam. Jadi, kalau korang berada dikawasan berdekatan boleh la singgah makan dekat sini. Makan steamboat sampai kenyang dengan harga yang murah dan sedap memang syok.
Tapi ingat "Make sapa kenye, tapi jange membazir"!
Dapur Arang SteamboatLokasi : Berdekatan dengan Klinik Kangkong Pasir Mas.Waktu Operasi : 3 Petang - 11 Malam (Ahad Cuti)No. Telefon : 013-9290344