Cara Mudah Untuk Memohon i-Sinar KWSP Online | Tarikh Bayaran i-Sinar & Kelayakan Permohonan

Cara Mudah Untuk Memohon i-Sinar KWSP Online  | Untuk artikel kali ini saya ingin kongsikan cara cara untuk mengeluarkan duit KWSP dari akaun 1 dengan membuat permohonan di portal i-Sinar.

Cara mohon i-sinar KWSP dengan mudah

Siapakah Yang Layak Untuk Memohon?

i-sinar diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh berlakunya Covid-19 bagi membantu mereka meneruskan hidup. 


Apakah kriteria untuk memohon i-Sinar? Kriteria kelayakan untuk memohon i-Sinar terbahagi kepada dua kategori. 

KATEGORI 1
  • Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun
  • Anda sudah lama tidak mencarum
  • Anda seorang suri rumah
  • Anda bekerja sendiri di sektor ekonomi gig
  • Anda hilang pekerjaan
  • Anda diberi cuti tanpa gaji
  • Anda hilang sumber pendapatan
  • Tiada caruman dengan KWSP sekurang kurangnya 2 bulan berturut turut semasa permohonan dibuat ATAU
  • Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.
Nota : Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP.

KATEGORI 2
  • Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% & ke atas (jumlah gaji, elaun & elaun kerja lebih masa) sejak mac 2020.
  • Permohonan perlu disertakan dokumen berikut :
    • Slip gaji  sebelum & selepas pengurangan DAN/ATAU
    • Jika dokumen tersebut tidak boleh dikemukan, sebarang sokongan lain contohnya penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberikan pertimbangan.
Sekiranya korang tergolong dalam kategori 1, permohonan i-Sinar boleh di buat melalui portal i-Sinar bermula 21 Disember 2020 & menurut laman sesawang KWSP, permohonan i-sinar untuk kategori 2 boleh mula dibuat bermula 11 Januari 2021.

Cara cara memohon i-Sinar KWSP 

Layari Laman Sesawang https://isinar.kwsp.gov.my dan seterusnya :
  1. Isikan nombor kad pengenalan (Mykad/MyPR) & nomber telefon bimbit 
  2. Masukkan 6 digit nombor One Time Password (OTP) yang dihantar melalui SMS & Sahkan OTP tersebut untuk ke langkah yang seterusnya.
  3. Tetapkan amaun pilihan secara keseluruhan
  4. Tetapkan jumlah pengeluaran untuk bulan pertama
  5. Lengkapkan maklumat yang wajib diisi.
  6. Semak maklumat pemohon dan maklumat pembayaran. Pastikan ianya betul dan tepat sebelum Hantar.
  7. Permohonan telah diterima.

tutorial cara mohon i-sinar

Cara mudah mohon i-sinar
cara isi borang i-sinar


Bagaimanakah Cara Pembayaran i-Sinar Akan Dibuat?

Pembayaran pertama untuk kategori 1 i-Sinar akan dibuat pada tahun depan, pertengahan bulan januari 2021. Manakal untuk kategori 2 pula, status permohonan akan diberitahu/dimaklumkan kepada Ahli KWSP dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.

Pembayaran selanjutnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah & tempoh masa yang diisi semasa permohonan dibuat. Bayaran adalah secara pengkreditan terus ke dalam akaun.

Bagi korang yang sedang menerima bayaran bulanan untuk program i-Lestari juga masih boleh memohon i-Sinar.
Terbaru Lebih lama