Cara Semak status Rayuan Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 | Tarikh Bayaran BPN 2.0

Permohonan baru & permohonan rayuan untuk Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) sudah pun tamat pada 15 November 2020 yang lepas. Cara untuk menyemak status permohonan tersebut sangat mudah. 

Cara Semak status Rayuan Permohonan Bantuan Prihatin Nasional BPN 2.0 

Semakan boleh dibuat di laman sesawang https://bpn.hasil.gov.my/.

Tarikh Bayaran BPN 2.0

Cara mudah untuk membuat semakan Bantuan Prihation Nasional 2.0
  1. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon baru/rayuan. 
  2. Masukkan Cod Captcha dengan betul.
  3. Status Permohonan akan dipaparkan di Skrin Laptop/Smartphone.

Tarikh Pembayaran Permohonan Baru Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Sekiranya permohonan yang dibuat telah diluluskan bayaran akan dibuat sekaligus pada bulan Januari 2021.

Pembayaran akan dibuat melalui akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan tersebut dibuat. Sekiranya akaun tidak aktif atau ditutup, bayaran boleh dituntut secara tunai di cawangan BSN. Untuk mereka tidak mempunyai akaun bank juga boleh menuntut wang bantuan di Cawangan BSN.

Berapakah Jumlah Bayaran Bantuan BPN 2.0 Yang Akan Diterima?

  • Isi Rumah - Kategori B40 dengan pendapatan RM4,000 dan  ke bawah akan menerima bantuan sebanyak RM1,000.
  • Isi Rumah - Kategori M40 dengan pendapatan RM4,001 hingga RM8,000 akan menerima bantuan sebanyak RM600.
  • Bujang - Kategori B40 dengan pendapatan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan sebanyak RM500.
  • Bujang - Kategori M40 dengan pendapatan RM2,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan sebanyak RM300.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Prihatin Nasional, sila hubungi Kementerian Kewangan Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) seperti yang tertera dibawah.

  • Kementerian Kewangan Malaysia
    • 03-8882 9089
    • 03-8882 9087
    • 03-8882 9191
    • 03-8882 4565
    • 03-8882 4566
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
    • 1-800 882 747
    • 03-8911 1000

Rujukan :

  1. https://bpn.hasil.gov.my/
Terbaru Lebih lama