RichWorks bimbing Usahawan Jana Jualan Lebih 2 Bilion & Kini Anjur Program Virtual Online PERCUMA! | Saya rasa ini adalah satu pencapaian yang sangat hebat kerana lebih 700 usahawan dibawah bimbingan Richworks International berjaya menjana jualan sebanyak ini pada tahun 2020 yang penuh dengan dugaan dari segi ekonomi & krisis kesihatan yang sedang berlaku.
Apa itu RichWorks International?
RichWorks International terkenal dalam bidang pembangunan keusahawanan & pemasaran yang sering menganjurkan seminar & acara terbesar di Malaysia.
Sejak dari tahun 2008 lagi, Richworks telah melatih lebih dari sepuluh ribu (10,000) syarikat menerusi Master Coach Dato Wira Dr. Azizan Osman. Beliau berhasil menarik lebih daripada 1.1 Juta peserta dalam lebih 1500 acara seminar dan ianya terbukti berjaya membantu membina ribuan usahawan dan jutawan dalam tempoh 6 hingga 24 bulan melalui program mentoring yang telah dijalankan.
Program Mentoring apakah yang disertai oleh usahawan?
Program mentoring yang disertai oleh usahawan yang berjaya menjana jualan yang lumayan ini adalah Program Mentoring Spire & Titanium.
Program Mentoring Spire
Program ini disertai oleh 466 Usahawan dan mencatatkan jualan sebanyak RM211 Juta untuk tahun 2020 dengan kenaikan 17.5 peratus berbanding tahun 2019 yang mencatatkan jualan sebanyak 155 Juta sahaja.
Mentoring Spire yang dibuat selama 12 bulan adalah program bimbingan usahawan bagi membantu mereka mencapai jualan perniagaan sehingga RM1 Juta dalam masa 6 bulan hingga 1 tahun.
Yang menariknya, setakat hari ini sahaja seramai 207 orang usahawan yang menyertai Spire telah mencapai RM1 juta pertama mereka.
Program Mentoring Titanium
Untuk Program Mentoring Titanium pula, ianya disertai oleh 311 Usahawan dan berjaya mencatatkan kenaikan 9 peratus iaitu RM1.8 bilion jualan pada tahun ini berbanding RM1.5 bilion pada tahun lepas.
Sama seperti Spire, Titanium juga dibuat selama 12 bulan dimana peserta bukan sahaja mendapat ilmu dan bimbingan dari MenThor Dato Wira Dr. Azizan Osman malah boleh mendapatkan kepastian dalam membuat keputusan.
Siapakah MenThor Dato Wira Dr. Azizan OsmanWorld Class Business Educator & Asia's No.1 Business, Marketing and Leadership Coach yang terkenal dengan keupayaan unik dalam membimbing anak muridnya sehingga berjaya mendapatkah hasil dari perniagaan yang dijalankan.Social Media Platforms Dato Wira Dr. Azizan OsmanInstagram : https://www.instagram.com/azizanosman_official/Tiktok : https://www.tiktok.com/@azizanosmanofficial_Twitter : https://twitter.com/azizanofficial
Secara keseluruhannya, Program yang dikendalikan oleh RichWorks sangat membantu peserta menjalankan perniagaan dengan baik. Selain itu, nilai jualan untuk Program Mentoring Spire & Titanium juga meningkat dalam 10 peratus untuk tahun 2020. Pada saya ianya sangat membanggakan kerana peningkatan hasil jualan sangat ketara.
Kejayaan yang telah berjaya dihasilkan ini pastinya akan membuatkan ramai orang diluar sana ingin menyertai program yang disediakan oleh RichWorks International. Betul tak?
Jangan risau kerana anda masih berpeluang menyertai program dari RichWorks walau pun sekarang ini kita masih lagi dalam situasi krisis kesihatan yang agak merisaukan kerana program terbaharu yang akan berlangsung nanti akan diadakan secara virtual online!
Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing
Program ini akan berlangsung selama 3 hari bagi membantu bakal usahawan & usahawan sediaada untuk "Step Up" diri dengan strategi pemasaran dalam bisnes yang dijalankan dan seterusnya menjadikan tahun 2021 usahawan lebih baik dan luar biasa.
Selama 12 tahun RichWorks beroperasi, mereka telah membantu lebih 1.1 Juta usahawan mengubah hidup dan bisnes ke arah yang lebih baik. Perjuangan RichWorks melatih dan membimbing PKS terbukti dalam membina usahawan daripada Zero to Million.
sejak Covid-19 melanda Malaysia, RichWorks telah membantu lebih 400 ribu usahawan dengan penganjuran program keusahawanan secara virtual online dan ianya dibuat secara percuma.
Satu Inisiatif yang sangat bermakna buat mereka yang memerlukan kerana ramai di antara kita terjejas dari segi ekonomi disebabkan oleh Covid-19. Mengadakan program secara virtual online adalah satu langkah bijak kerana sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kita tidak dapat berkumpul di dalam dewan tetapi menariknya para usahawan masih dapat menimba ilmu secara atas talian.
Ini menunjukkan bahawa mereka sangat commited dan serious dalam membantu usahawan. Kalau anda berminat untuk dapatkan formula gandakan Zero '0' dalam sales, Jom sertai Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Marketing sekarang.
Kenapa kena join sekarang?
3000 Pendaftaran awal akan ditaja sepenuhnya oleh RichWorks. Maksudnya anda akan berpeluang untuk menyertai Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Marketing secara PERCUMA! sebab itulah kena join sekarang takut nanti terlepas siapa yang rugi?
Tunggu apa lagi?
Layari www.zerokosmarketing.com untuk mendaftar dan jangan lupa kongsikan berita baik ini dengan rakan rakan anda yang lain.
Maklumat Program
Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Marketing
Tarikh : 25 - 27 Disember 2020 (Jumaat - Ahad)Masa : 0900 pagi - 0600 petangTempat : Aplikasi Zoom Webinar