Cara Daftar i-Akaun Di Kiosk KWSP Dengan Cepat & Mudah!

Cara Daftar i-Akaun Menggunakan Kiosk KWSP Dengan Cepat & Mudah! | Saya tak tahu pun yang kita sebenarnya boleh daftar i-Akaun menggunakan Kiosk sahaja. Caranya memang mudah dan prosesnya juga sangat cepat.

Langkah Langkah Pendaftaran i-Akaun Di Kiosk KWSP

Kalau korang tak nak menunggu lama, tak nak beratur panjang kenalah daftar i-Akaun di Kiosk KWSP. Saya pun baru jer daftar guna Kiosk, Jadi, sekarang ini jom kita tengok langkah langkah untuk mendaftar i-Akaun menggunakan mesin tersebut.

cara daftar kwsp online

  • Masukkan nombor kad pengenalan pada slot kiosk.
  • Scan Cap Jari.
  • Masukkan nomber telefon yang masih aktif diguna. 
  • Beberapa saat selepas itu, satu kertas yang tertera nombor ID seperti dibawah akan dicetak keluar dari mesin.
cara mudah daftar i-Akaun
  • Pada masa yang sama, KWSP juga akan menghantar kata laluan sementara melalui SMS yang boleh digunakan untuk mengaktifkan akaun i-akaun korang. jadi, pastikan korang semak nombor telefon betul betul ya.

Cara Cara Untuk Mengaktifkan i-Akaun

Selepas pendaftaran i-akaun melalui Kiosk telah berjaya, korang perlu ke website https:/secure.kwsp.gov.my/member/member/login/ untuk mengaktifkan akaun tersebut supaya dapat digunakan. Selepas itu,

  • Masukkan ID dan kata laluan sementara yang diberikan.
  • Selepas login, isi maklumat yang diperlukan seperti ID & kata laluan baru, pilih online image, masukan secret phrase dan tekan next.
Cara daftar i-Akaun dengan mudah.
  • Selepas tekan butang "Next", korang akan dibawa ke satu page yang menunjukkan i-Akaun sudah berjaya diaktifkan. Korang boleh rujuk gambar dibawah.
Cara mudah aktifkan i-akaun
Tahniah kerana sudah berjaya mendaftar dan aktifkan i-Akaun! Macam mana? Mudah dan cepat kan!
Sekarang, korang boleh login ke i-Akaun dengan menggunakan ID dan kata laluan baru dengan selamat. 

Kalau nak semak baki terkini atau mengemaskini profil boleh gunakan i-Akaun sahaja tanpa perlu ke mana mana cawangan KWSP. Siapa yang belum ada i-Akaun. Tunggu apa lagi! Jom daftar sekarang di Kiosk KWSP ber!
Terbaru Lebih lama