Isu Viral Mi Kari di Old Town White Coffee | Hai korang! Sebenarnya saya agak nervous untuk berkongsi tentang isu ini dengan korang semua. Pertama kali tengok video berkenaan dengan mi kari di Old Town White Coffee yang tular baru baru ini memang sangat mengejutkan.
Perkongsian video yang mendakwa Mi Kari di Old Town White Coffee mengandungi bahan yang tidak halal menimbulkan rasa kebimbangan rakyat Malaysia terutama sekali mereka yang beragama islam termasuk saya tetapi kita tidak boleh cepat melatah sebelum mendengar sendiri penjelasan dari pihak Old Town White Coffee.
Alhamdulillah, Old Town White Coffee telah membuat kenyataan melalui facebook page mereka menyatakan bahawa video berkenaan dengan mi kari yang menggunakan bahan tidak halal itu adalah TIDAK BENAR sama sekali.
Wakil tempatan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga telah mengunjungi cawangan-cawangan berkenaan untuk menjalankan siasatan lanjut dan mereka mengesahkan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar. - Facebook Old Time White Coffee
Jadi, peringatan untuk kita semua, sebelum menyebarkan sesuatu berita, pastikan ianya adalah benar untuk mengelakkan masalah seperti ini terjadi. Sebagai rakyat Malaysia yang beragama islam status halal adalah sangat penting tapi sebelum menyebarkan video atau berita tanpa usul periksa adalah sangat tidak bertanggungjawab kerana ia akan menimbulkan rasa bimbang semua orang.