Jumpa Neelofa, Dato Sri Vida di Street Art Kota Bharu Kelantan | Untuk artikel kali ini saya nak share berkenaan dengan Street Art Kota Bharu yang menjadi tumpuan orang ramai untuk datang ber-ootd! Mana taknya, setiap sudut memang cantik untuk bergambar.
Street Art Kota Bharu sebenarnya dah lama wujud tapi saya tak pernah datang sebab tak tahu pun. Tak pastilah sejak bila ltapi saya tengok orang share dekat blog dari tahun 2016 lagi. Siapa yang tahu sejak bila Street Art KB ini wujud boleh share dekat bahagian komen hehe.
Ada banyak lagi art dibahagian lain tapi saya tak sempat nak shoot tapi yang penting ada satu lorong ini korang boleh bergambar dengan beberapa orang selebriti yang berasal dari negeri Kelantan macam Neelofa, Sabri Yunus, Mustapha Kamal dan Dato Seri Vida.
Rasanya sebelum ini Mural selebriti tak ada lagi sebab tak pernah nampak ada orang share. Jadi, kalau korang datang jalan jalan Kota Bharu boleh singgah dekat Street Art ini dan bergambar banyak banyak. Tak ramai orang sangat jadi boleh la dapat gambar yang cantik cantik.
Lokasi Street Art Kota Bharu senang jer nak cari. Korang just waze Jalan Dato Pati InsyaAllah akan jumpa tapi kalau nak lagi mudah korang boleh waze atau google sahaja Kopi Mesin Heritage sebab Street Art Kota Bharu berada berdekatan dengan Cafe ini. Alang alang tuh boleh ngopi2 dekat Kopi Mesin lepas dah penat ber-ootd.
Alamat : Jalan Dato Pati, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan