Jering Rebus sedap dimakan dengan Kelapa Parut bersama gula dan garam | Untuk entry hari ini saya nak kongsikan dengan korang semua berkenaan dengan jering rebus. Salah satu makanan yang agak "rare" sebenarnya sebab jarang kita nampak.
Tak ramai sebenarnya yang "rajin" nak buat/masak jering rebus ini sebab ianya mengambil masa yang agak lama dan kalau tak pandai memang akan mendatangkan isu. mengikut apa yang saya baca di beberapa blog, sekiranya kita tidak pandai atau tidak rebus jering sehingga ianya betul2 masak atau lembut ianya boleh menyebabkan masalah bila kita nak buang air kencing.
Jadi, untuk korang kat luar sana yang suka makan jering rebus pastikan jering yang direbus tuh dimasak dengan betul. Dulu saya memang suka makan jering rebus dengan kelapa parut ini sebab rasa dia sedap. Sesetengah mungkin tak akan suka sebab bau dia boleh tahan jugak haha. Siapa yang pernah makan tahu la.