Best ke Netflix RM17? Ok ke tak kualiti gambar? Boleh bayar guna prepaid ke?

Best ke Netflix RM17? Ok ke tak kualiti gambar? Boleh bayar guna prepaid ke? | Beberapa bulan yang lepas saya ada buat satu artikel berkenaan dengan Netflix RM17 sebulan dan pada masa yang sama, saya juga ada memuatnaik video berkaitan dengan topik ini di channel youtube saya Luqman Zakaria. Tak sangka pulak video yang dimuatnaik di Youtube mendapat sambutan dan ada beberapa orang penonton memberikan soalan soalan yang agak menarik untuk saya jawab. Jadi, untuk artikel kali ini, saya akan menjawab soalan yang ditanya oleh mereka.

Pakej Netflix Malaysia

 Menjawab soalan berkaitan dengan Netflix.

1. Ada Subs Malay ke?

Jawapannya adalah Ya! Ada beberapa drama bersiri dan filem di Netflix  menyediakan subtitles dalam bahasa melayu tetapi as i said "beberapa" maksudnya tak semua. Jadi, kalau korang langgan Netflix jangan expect semua cerita ada subs malay la tapi jangan risau sebab subs dalam bahasa inggeris ada disediakan. Kalau nak tengok cerita korea atau bahasa lain, korang boleh turn on subs bahasa inggeris.

2. Time tengok movie tu gunakan internet ke atau boleh tengok secara offline?

Internet diperlukan untuk membolehkan kita menonton filem atau drama bersiri di Netflix tetapi pada masa yang sama kita juga boleh menonton secara offline! Macam mana caranya? Untuk pengetahuan semua, Netflix menyediakan butang "download" untuk membolehkan kita memuat turun filem atau drama bersiri yang kia nak tengok bila tiada internet. Jadi, bila dah download, kita bolehlah tengok secara offline.

3. Macam mana nak guna prepaid?

Apa yang saya faham, soalan ini berkaitan dengan pembayaran. Prepaid ini ada dua bahagian yang saya nak terangkan. 

Pertamanya adalah Kad prabayar (Prepaid card) | Saya bukan seorang yang expert tentang kad prabayar nih tapi kalau refer dekat netflix, korang boleh membuat bayaran menggunakan kad prabayar tapi pastikan kad prabayar korang ada logo Visa, Mastercard atau American Express.

Keduanya adalah prepaid Telco | Kalau korang berniat untuk bayar Netlfix menggunakan prepaid telco sorry to say memang tak boleh tapi kalau korang nak bayar dengan Postpaid, Yes you can! Tapi untuk pengguna telco Digi, Maxis dan Celcom sahaja. 

3. Ok tak kualiti RM17 tu?

Netflix RM17 sebulan ini korang hanya boleh strim atau tengok filem dan drama bersiri dengan resolusi SD sahaja. Maksudnya tak ada HD dan Ultra HD tapi pada pendapat saya yang memang menggunakan pakej ini, menonton filem dan drama dengan kualiti SD di smartphone tersangatlah ok. In another word memang saya puas hati. Korang boleh klik yang saya share dekat bawah ini untuk tengok kualiti SD yang saya screenshoot.


4. Support Chromecast tak pakej RM17?

Menurut laman sesawang soyacincau.com, Pakej Netflix yang berharga RM17 sebulan ini tidak support Chromecast.
Netflix has also confirmed that the plan won’t support Chromecast. Like the Basic plan, you can create up to 5 profiles but only one stream is permitted at a time.

5. Kenapa saya dapat guna 2 screen at the same time? Kata dapat 1 screen jer. Ada update baru ke?

Soalan ini sangat menarik sebab saya pun terkejut jugak kalau pakej RM17 boleh guna 2 screen at the same time tapi bila check dekat website Netflix. Pakej untuk RM17 masih lagi sama dimana kita hanya boleh guna 1 screen sahaja. Kalau 2 tuh mungkin pakej yang digunakan adalah pakej yang berharga RM45. Jadi, untuk tanya soalan ini cuba check betul betul pakej mana yang anda guna.

Pakej Netflix Malaysia

Ini adalah beberapa soalan yang ditanya oleh korang yang menonton video berkaitan dengan Netflix RM17 sebulan di Youtube. Terima kasih banyak banyak untuk yang menonton video tersebut. Untuk korang yang tak suka tengok video pun tak apa sebab dah siapkan artikel ini untuk korang.
Terbaru Lebih lama