Hokkaido Ice Cream Puff di Kota Bharu Kelantan | Satu lagi lokasi yang korang perlu terjah kalau datang ke bandar kota bharu kelantan adalah Hokkaido Ice Cream Puff. Kalau korang nak tahu, Hokkaido Ice Cream Puff ada satu lagi cawangan di Ipoh dan ianya menjadi salah satu tempat yang sering dikunjungi orang ramai untuk mencuba keenakan Hokkaido Ice Cream Puff.
Hokkaido Ice Cream Puff Kota Bharu baru sahaja dibuka pada pertengahan bulan Ogos yang lepas. Jadi, kalau korang nak cuba Hokkaido Ice Cream Puff kenalah cepat takut nanti bila dah ramai orang tahu kewujudan kedai ini makin ramai orang terjah. Korang tengoklah kedai di Ipoh, kadang kadang sesak orang dalam kedai.
Apa yang menarik dengan Hokkaido Ice Cream Puff?
Untuk pengetahuan korang, Hokkaido Ice Cream Puff adalah aiskrim yang dikapit dengan "puff". Menariknya, puff yang digunakan oleh dorang sangat ranggup diluar dan lembut didalam dan rasanya juga memang sedap.
Didatangkan dengan beberapa perisa/flavor yang menyelerakan contohnya sweet corn, cookies & cream, yam, mint choco chip dan lain lain. Harga yang dikenakan untuk satu Hokkaido Ice Cream Puff adalah RM4.30 kecuali green tea (RM5.30).
Sebenarnya saya agak teruja untuk mencuba Hokkaido Ice Cream Puff nih. Jadi, saya beli dua perisa. Salah satunya saya beli perisa Yam dan satu lagi perisa yang baru iaitu Tutti Fruiti yang warna warni tuh.
Macam yang saya cakap, puff yang digunakan memang sangat ranggup diluar. Kalau korang tengok dalam gambar pun boleh nampak saya rasa. Lepas tuh aiskrim dia pun sedap especially perisa keladi atau yam. Untuk tutti fruitti saya tak tahu nak explain macam mana. Rasa dia sedap jer tapi pada pendapat saya perisa ini sesuai untuk budak budak. Dari segi portion, yes quite banyak dan mengenyangkan sebab ada puff tuh. *mungkin jugak sebab aku makan dua tuh yang kenyang haha.
Alamat : 4376F, Tingkat bawah, Jln Kebun Sultan, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, KelantanWaktu Operasi : 12 Tengahari - 8 Malam (selasa tutup)No. Telefon : 019-9373288