Makan tengahari Set Nasi Ulam Budu di D'Istana Baloh Jembal | Untuk artikel kali ini saya nak kongsikan pengalaman saya makan tengahari yang sedap dan murah di D'Istana Baloh Jembal yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. Ini adalah pengalaman pertama saya menjejakkan kaki di tempat ini dan sejujurnya saya agak teruja kerana konsep yang digunakan sangat menarik.
Masa mula mula masuk tuh memang nak ambil gambar jer sebab tempat ini sangat cantik kalau buat photoshoot especially kalau guna konsep zaman zaman dulu tapi yang bestnya saya dan kawan datang sini bukan nak ambil gambar jer tapi nak makan sekali. Jadi, jom saya kongsikan menu makanan yang ada dekat sini.
Senarai makanan dan minuman di D'Istana Baloh Jembal (Menu di D'Istana Baloh Jembal)
Kalau korang tengok memang banyak pilihan makanan dan minuman dekat sini tapi untuk pengetahuan semua, Pilihan menu untuk masakan panas dan western hanya beroperasi selepas waktu Asar. Kalau nak makan set nasi ulam budu korang boleh jer order sebelum waktu Asar. Satu lagi mengenai makanan dekat sini adalah harga. Pada pendapat saya harga yang dikenakan untuk setiap makanan dan minuman sangat berpatutan.
Apa yang saya makan di D'Istana Baloh Jembal Kota Bharu Kelantan?
Semestinya Set Nasi Ulam Budu yang didatangkan dengan pelbagai jenis masakan macam Singgang Ikan Ayo (ikan tongkol), Keli Goreng, Ayam Goreng, Patin Tempoyak, Sayur Lemak, Air Jug Sirap, buah buahan pencuci mulut, Sambal Belacan, Budu, Ulaman dan Ikan Tawar Bakar yang berharga RM57 untuk 4 hingga 6 orang makan.
credit this photo to www.bebelancikmin.com
Satu pengalaman yang best sebab dekat sini boleh makan dekat meja macam biasa ataupun makan sambil duduk bersila macam zaman dulu. Makanan pulak boleh tahan sedap especially ikan keli goreng dan singgang ikan tongkol! Pekena pulak air sirap rasa macam dekat kenduri kahwin pun ada. Dekat D'Istana Baloh Jembal ini menunggu makan pun tak bosan sebab boleh pusing pusing ambil gambar ootd haha.
Restoren yang cantik, makanan yang sedap dan harga pulak sangat berpatutan. Tiga alasan kukuh untuk korang semua datang ke D'Istana Baloh Jembal dan cuba sendiri makanan yang disediakan oleh dorang sambil menikmati suasana yang menarik.
Alamat : Lorong Sri Madani, 15200 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Waktu Operasi : 1200 tengahari - 11 malam setiap hari kecuali Jumaat 0300 Petang - 11 malam