Pekena Nasi Abe Mie di Kota Bharu Kelantan | Tekak melayu kalau tak makan nasi memang tak sah kan. Kalau dalam artikel sebelum saya dah cuba Set Nasi Ulam Budu di D'Istana Baloh Jembal, Kali ini nak share pasal Nasi Abe Mie pulak. Ramai yang cakap Nasi Abe Mie nih sedap. Tengok review dekat google pun memang sangat menyakinkan. Jadi, apa lagi? Kita serbulah!
Sebelum sampai kedai lagi saya dah nampak ada ramai orang beratur nak beli nasi dekat sini. Saya datang kedai pun waktu lunch memang tak boleh nak lari dari "crowd" la kan. Lagipun lokasi kedai dekat area bandar berdekatan dengan bank dan tempat orang datang membeli belah.
Bagusnya dekat sini kalau nak beli makanan ada dua bahagian untuk beratur. Satu untuk bungkus dan satu lagi untuk korang yang nak makan dekat kedai. Takdalah bercampur ramai ramai lepas tuh berebut kan. Nasi Abe Mie ada beberapa pilihan lauk. Jom kita tengok menu dan harga yang ditetapkan untuk nasi yang dibeli.
Senarai harga nasi di Kedai Nasi Abe Mie Kota Bharu, Kelantan
Pilihan untuk lauk dekat Kedai Abe Mie ada ayam, daging dan ikan. Lepas tuh "sides" yang lain macam telur, bagedil dan bilis terpulanglah korang nak tambah ke tak nak mengikut harga yang ditetapkan.
Nampak menyelerakan tak korang? Saya nih walaupun dah pernah makan dekat sini masih lagi terliur bila tengok lauk lauk dalam gambar especially ayam goreng tuh. Puas hati makan sebab saiz dia boleh tahan besar dan sedap!
Apa yang saya makan dekat Kedai Nasi Abe Mie?
Lauk pilihan untuk kali pertama datang makan dekat sini semestinya ayam goreng dan saya tambah telur satu biji. Harga yang dikenakan untuk nasi, ayam goreng dan telur adalah RM7.
Memang tak menyesal datang makan dekat Nasi Abe Mie nih sebab rasa dia memang sedap. No wonder-lah Nasi Abe Mie menjadi tumpuan ramai. Bila tengok dekat google, ramai yang bagi komen dan pandangan yang positif. Siap dapat 4.2 stars dengan komen lebih dari 700 (setakat 2/10/2020).
Jadi, kalau korang datang jalan jalan atau ada kerja area Kota Bharu. Bolehlah datang makan tengahari dekat Nasi Abe Mie. Nak cari kedai pun senang, korang just guna waze sahaja tapi nasihat saya kalau boleh datang awal sebab parking dekat area kedai agak susah sikit.
Alamat : Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, 15150 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi : 10 Pagi - 5 Petang
No. Telefon : 012-9280122