Pekena Mee Celup Setambun di Warung Raysha Ketereh Kelantan | Dua tiga hari yang lepas asyik makan chicken chop dengan kek jer. Jadi, untuk kali ini saya nak bawa korang semua ke Warung Raysha yang terletak di Jalan Tok Akil Ketereh Kelantan.
Warung Raysha ini boleh dikatakan agak popular dikalangan mereka yang menggemari mee celup. Salah satu menu yang menjadi pilihan ramai adalah mee/kuew tiaw/bihun celup lauk stambun. Untuk korang yang tak tahu, maksud stambun tuh adalah banyak. Untuk pengetahuan semua, selain mee celup mereka juga menyediakan beberapa jenis makanan lain juga.
Senarai makanan dan minuman di Warung Rasya (Menu di Warung Rasya)
Banyak kan! Masa pergi aritu memang niat nak makan mee celup stambun so terus order yang tuh tapi bila tengok menu nih balik rasa macam alamak kalau order maggie sotong pun sedap jugak. Tapi tak apa sebab masih banyak masa lagi nanti nak pergi lagi cuba makanan lain pulak.
Apa yang saya makan dekat Warung Raysha?
As i told you guys, saya order Mee Celup Stambun yang berharga RM9. Kalau korang order mee celup stambun biasa harga dia RM6 sahaja tapi disebabkan saya campur lauk ayam, daging dan perut harga jadi RM9.
Untuk air pulak saya memang order air paling biasa yang ada dalam menu which teh o ais laici. Bila banyak sangat pilihan macam nih la jadinya haha. Tapi kalau korang datang sini jangan jadi macam aku ye. Please order yang menarik sikit macam Teh Jebok atau jus special raysha contohnya Ice Crunchy Raysha atau Es Cincau Nyut Nyut.
Alamat : Jalan Tok Akil, 16450 Ketereh, Kelantan | Tel : 01116100516 | 1130 Pagi - 0730 Petang (Rabu Tutup)