Jom makan makan di Cafe baru | Nasken Coffee Tanah Merah Kelantan

Jom makan makan di Cafe baru  | Nasken Coffee Tanah Merah Kelantan | Untuk artikel kali ini saya nak kongsikan satu lagi Cafe yang boleh dikunjungi sekiranya korang berada di Bandar Tanah Merah Kelantan. Cafe yang saya maksudkan adalah Nasken Coffee. Kalau tengok dekat instagram, Nasken Coffee Tanah Merah ini baru sahaja dibuka pada bulan Ogos yang lepas (10/08/2020) tapi sambutan yang diberikan oleh pelanggan sangat memuaskan. 

Tujuan utama saya ke Nasken Coffee Tanah Merah sebenarnya untuk mencuba pencuci mulut yang ada especially kek. Saya sampai di  cafe dalam pukul 4 lebih kalau tak silap and guess what memang ramai pelanggan. 

Parking dekat area Cafe penuh jadi terpaksalah cari parking jauh sikit. As usual kalau nak masuk cafe kenalah scan and check suhu semua kan. Jadi, tak ada masalah bab tuh. Pelanggan quite ramai tapi tempat duduk masih ada. 


Dari segi dekorasi cafe bagi saya memang sangat simple. Tak ada apa apa deco yang menjadi spot untuk ambil gambar dengan background yang menarik. Biasanya kalau cafe kan ada port atau tempat yang menjadi tumpuan untuk ambil gambar kan tapi itu bukanlah satu benda yang wajib pun. Biasalah zaman sekarang semuanya nak instaworthy kan hehe. Apa pun sekarang nih jom kita tengok menu pulak. apa yang boleh kita order/makan kalau datang ke Nasken Coffee Tanah Merah.

Senarai makanan dan minuman di Nasken Coffee Tanah Merah (Menu di Nasken Coffee Tanah Merah)

Ini adalah antara makanan dan minuman yang korang boleh order kalau datang ke Nasken Coffee Tanah Merah. Untuk desserts macam kek korang boleh tengok dekat dalam cake freezer yang disediakan. Ada beberapa pilihan kek yang korang boleh pilih.

Antaranya adalah Strawberry No Bake Cheese Cake (RM14), Kek Pandan Nise (RM14), Chocolate Spartak Cake (RM13), Cream & Cookies Cake (RM15), Mango Mile Crepe (RM12), Mango No Bake Cheese Cake (RM18), Pandan Gula Melaka (RM12), Tiramisu Mile Crepe (RM12), Rainbow Mile Crepe (RM12), Premium Red Velvet (RM15), Green Tea Mile Crepe (RM12) dan Tart Berry Medovik (RM14).

Dalam banyak banyak kek tuh saya order yang ini. Nama dia Rainbow Mile Crepe. Bukan apa sebab lately kek ini macam viral sekejap. Ramai yang share jadi saya pun cubalah. Apa yang boleh saya bagitau korang, Rainbow Mile Crepe dekat Nasken Coffee Tanah Merah ini portion dia boleh tahan besar juga kenyang la kalau makan sorang. Lagi satu rasa dia just nice, tak terlampau manis sangat macam kek lain yang saya makan dekat luar sana.

Baca Juga : Makan Burnt Cheese Cake di KB Brewster Coffee Kok Lanas

Macam yang saya cakap awal awal tadi, saya datang Nasken Coffee ini semata mata nak cuba dessert sahaja. Jadi, makanan tuh saya tak boleh nak share tapi kalau korang tengok crowd dekat nasken dalam gambar kat atas memang ramai kan. Saya tengok dorang order makanan western tuh. InsyaAllah kalau datang Nasken Coffee lagi saya cuba makanan dia pulak ok.

Alamat : 2, Jln Pasir Mas-Tanah Merah, Kampung Jelatok, 17500 Tanah Merah, Kelantan | 10 pagi hingga 12 Malam

Terbaru Lebih lama