Pemakanan Sihat di bulan Ramadhan | Kentang A.S

Ketika bulan suci Ramadhan menjelang, inilah masanya untuk bersolat, renungan dan waktu yang berkualiti bersama keluarga. Selama bulan ini, kita perlu menjaga kebiasaan makan kita untuk memastikan pemakanan dan faedah makanan yang betul sebab badan kita mengalami perubahan semasa berpuasa. Dengan pengetahuan fakta-fakta di bawah yang berkaitan dengan kebaikan nutrien yang terdapat dalam Kentang A.S, ia adalah ramuan yand sangat baik dan serba boleh untuk digunakan dalam penyediaan makanan untuk iftar and sahur.


Kentang A.S. ialah contoh sumber karbohidrat yang baik. Ia kaya dengan Vitamin B6 dan C. Kentang bersifat serba guna dan mengenyangkan, menjadikannya sumber makanan yang berkhasiat tinggi.  Kentang A.S. diminati ramai kerana mutunya yang tinggi. Ini kerana suhu penanaman yang ideal, tanah yang subur, pemprosesan terkini dan kepakaran yang diwarisi sejak turun-temurun. Semua faktor ini menjadikan kentang A.S. antara kentang yang terbaik dunia. 

Tambahan lagi, piawaian ketat industri yang memenuhi semua spesifkasi Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S., memastikan Kentang A.S. selamat dan bermutu tinggi. Kentang A.S tidak mengandungi lemak, natrium atau kolesterol. Malah, ia hanya mempunyai 110 kalori setiap hidangan.


Lagipun, kita amat gembira dapat belajar dari pakar diet, Cik Nurul Aziah Musa mengenai khasiat and perincian nutrient. Beliau juga sudi berkongsi 2 resepi yang sedap menggunakan Kentang A.S sebagai ramuan utama. Untuk mengetahui lebih tentang Kentang A.S, sila lawati laman web www.uspotatogoodness.com.my.

Cik Nurul Aziah Musa / Consultant Dietitian’s Article

Setiap kali tirai Ramadhan dibuka, cara pengambilan makanan kita turut berubah. Ada kalanya bulan mulia yang sepatutnya melatih kita menahan pelbagai nafsu namun bertukar menjadi
medan ujian yang mencabar terhadap selera makan.Pengambilan makanan yang tidak seimbang sepanjang Ramadhan boleh mengundang bahaya kepada kesihatan. Kesan daripadanya boleh menimbulkan komplikasi seperti dehidrasi, sembelit, ketidakhadaman, kelesuan, tekanan darah rendah, pening kepala dan pelbagai lagi yang dilihat.

Amalan pemakanan sihat yang boleh diamalkan semasa Ramadhan adalah sama seperti dengan bulan-bulan yang lain. Garis panduan Islam melarang untuk makan secara berlebihan dan menggalakkan kesederhanaan dalam pengambilan makanan Kita mesti mengambil makanan dari semua kumpulan makanan berdasarkan kepada Piramid Makanan Malaysia iaitunasi, roti, bijirin dan hasil bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu serta sedikit minyak, lemak, gula dan garam. 

Selain itu, kitajuga perlu mengambil air yang mencukupi sama ada dalam bentuk minuman. Karbohidrat kompleks adalah makanan yang akan membantu melepaskan tenaga secara perlahan semasa tempoh berpuasa yang lama di siang hari. Mungkin ramai yang memikirkannasi adalah satu-satunya sumber karbohidrat yang mampu memberi tenaga berpanjangan. Selain daripada nasi yang merupakan sumber makanan ruji kita, kentang juga merupakan salah satu pilihan untuk sumber karbohidrat kompleks yang baik kerana ia dapat membekalkant enaga yang mencukupi dan mengenyangkan. Ramai yang tidak menyedari, kentang juga mempunyai pelbagai khasiat yang lain seperti sumber Vitamin C yang sangat baik, sumber potassium lebih tinggi daripada pisang, sumber vitamin B6 dan serat.Makanan berkanji dan berserat seperti kentang boleh mengawal ketidakhadaman dan pedih ulu hati ketika berpuasa. 

Kentang boleh membantu ada merasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih panjang dan ianya merupakan pilihan yang bagus dan mudah untuk bekalan tenaga sepanjang berpuasa. Apabila bertenaga, secara langsung kita mampu meningkatkan tumpuan dan menjadikan kita lebih aktif sepanjang hari.Kentang juga adalah sumber tumbuhan yang semestinya tiada lemak dan tiada kandungan kolesterol. Walaubagaimanapun, kita hendaklah memastikan penyedian masakan kita adalah cara yang sihat. Kurangkanlah menggoreng, dan lebihkan cara masakan yang lebih sihat seperti membakar dan merebus. Kebiasaannya pada bulan Ramadhan, kita akan mengunjungi bazar Ramadhan yang merupakan syurga untuk penggemar makanan.

Namun, pada tahun ini mungkin situasi akan berbeza dengan ketiadaan bazar Ramadhan kerana negara sedang dilanda wabak Covid -19 yang tidak mengizinkan perhimpunan orang ramai secara terbuka. Oleh demikian, keadaan ini merupakan salah satu peluang untuk kita mencuba pelbagai resipi sihat yang yang boleh disediakan di rumah untuk terus kekal sihat sepanjang musim wabak pendemik ini Untuk meningkatkan imuniti diri ketika musim wabak, kentang merupakan sumber makanan tinggi vitamin C yang boleh disediakan sepanjang Ramadhan ketika iftar dan sahur. Vitamin C berfungsi sebagai antioksidan di dalam badan yang boeh menghapuskan radikal bebas dan juga membantu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam badan.
Berikut adalah diantara tips pemakanan yang boleh diamalkan semasa bulan puasa :

1. Amalan sewaktu bersahur

  • Pastikan anda bersahur kerana ianya merupakan sunnah, dapat mengawal tahap gula darah dan memberikan tenaga sepanjang hari.  
  • Pastikan pengambilan karbohidrat kompleks seperti Potatoes USA untuk membekalkan tenaga lebih lama.
  • Kurangkan pengambilan garam untuk mengurangkan rasa haus pada siang hari.
  • Elakkan pengambilan kafein kerana ianya boleh mempercepatkan dehidrasi kesan daripada diuretik.


2. Amalan sewaktu iftar

Semasa iftar, adalah digalakkan untuk kita mengambil makanan yang ringkas seperti kurma terlebih dahulu untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada sistem penghadaman kita. Utamakan air kosong dalam 6 ke 8 gelas sehari.

  • Makan secara perlahan dan tidak gelojoh
  • Kawal saiz hidangan makanan
  • Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan berminyak
  • Kurangkan makanan tinggi gula dan garam


Di samping kuantiti, kualiti makanan dari sumber yang baik seperti kentang juga perlu dititik beratkan dalam merancang diet semasa Ramadhan. Potatoes USA jenis Russet adalah berkualiti dan segar, dan ianya menjadi pilihan saya dalam merancang menu makanan harian. 

Rasanya yang sangat sedap dan disamping berkhasiat dapat membekal keperluan nutrisi untuk keluarga saya. Pemilihan makanan dari sumber berkualiti adalah penting dan pastikan cara penyediaan adalah mengikut panduan makanan sihat. Semoga Ramadhan kali ini merupakan titik permulaan untuk kita mengubahsuai corak pemakanan kita ke arah pemakanan yang seimbang, sihat dan pada masa yang sama hemah belanja.

Resepi masakan di Bulan Ramadhan

1. Begedil Kentang A.S. (U.S. Potatoes) dan Oats Air Fryer



Bahan-bahannya :

2 biji kentang Russet A.S (rebus dan lenyek)
2 biji telur
8 sudu besar oats
Cili merah / cili hijau hiris halus
5 sudu besar bawang goreng
1 biji bawang besar
Garam
Lada sulah
Lada hitam

Cara Penyediaan:

1. Gaul sebati semua bahan2 dan bentukkan bulat
2. Renjis dengan minyak zaiton
3. Panaskan air fryer dengan suhu 180c 
4. Masukkan begedil ke dalam bakul air fryer. Masak selama 10 minit
5. Siap untuk dihidangkan

Resipi ini menghasilkan 4 hidangan. Kandungan nutrien setiap hidangan adalah seperti berikut:

Kalori 133
Protein 5.5g
Lemak 3.3 g
Serat 0.7 g

Hidangan ini adalah sihat kerana menggunakan air fryer dan kita dapat mengurangkan penggunaan minyak. Begedil boleh dimakan bersama hidangan lain dan boleh juga dimakan bersama sup soto ketika berbuka.

2. Pai Kentang A.S. (U.S. Potatoes) Daging Sihat Ramadhan


Bahan bahannya :

4 biji kentang Russet A.S, buang kulit dan potong dadu
1 biji lobak merah 
1 sudu makan mentega
4 sudu makan bawang holland cincang 
50 gm keju cheddar
Sedikit garam 
Sedikit lada hitam
1 sudu makan minyak sayuran
1 bji bawang cincang
500g daging kisar
2 sudu makan tepung
1 susu makan sos tomato
180 ml stok daging

Cara Penyediaan:

1. Rebuskan kentang Russet A.S hingga lembut. Tos dan lenyek, campurkan mentega, bawang cincang dan keju chedar. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Gaul rata dan ketepikan.
2. Rebus lobak hingga lembut. Tos dan lenyek. ketepikan.
3. Panaskan minyak, masukkan bawang cincang dan tumis layu. Masukkan daging cincang dan masak hingga daging menjadi perang. Masukkan tepung dan masak sebentar.
4. Tuangkan stok daging dan sos tomato. Biarkan mendidih, kawal api dan masak selama 5 minit.
5. Tuangkan daging dalam Loyang dan ratakan. Kemudian masukkan lobak dan ratakan, diikuti adunan kentang Russet A.S dan akhir sekali taburkan keju cheddar di atasnya.
6. Bakar selama 25 minit dalam ketuhar pada suhu darjah 190 C sehingga ia masak sepenuhnya.
7. Sedia untuk hidang dan dinikmati. 

Resipi ini menghasilkan 4 hidangan. Kandungan nutrien setiap hidangan adalah seperti berikut:

Kalori 377
Protein 34.2
Lemak 13.6 g
Serat 1.4 g

Resipi ini mudah dah ringkas untuk juadah lengkap ketika bersahur. Ia sesuai untuk semua golongan umur dan rasanya yang enak pasti akan membangkitkan selera ketika bersahur terutamanya untuk anak-anak.
Terbaru Lebih lama