Raikan Hari Tidur Sedunia 2020 bersama Amlife | Apa yang akan berlaku kalau tak cukup tidur?

Raikan Hari Tidur Sedunia bersama Amlife | Apa yang akan berlaku kalau tak cukup tidur? | Sempena Hari Tidur Sedunia tahun 2020, Amlife International Sdn Bhd bersama Persatuan Tidur Sedunia menganjurkan pameran kesihatan tidur yang penuh dengan informasi di Palace of The Golden Horses.


Saya sangat bertuah kerana diberi peluang untuk menghadiri pameran kesihatan tidur anjuran Amlife kerana mereka sangat berpegang teguh dengan prinsip "Life, Redefined". Amlife sangat mementingkan kesihatan tidur kerana mereka mahu rakyat Malaysia kekal sihat sepanjang masa. Sekiranya kita dapat tidur dengan lebih baik dan lena pastinya kualiti hidup kita akan lebih baik. Sesuailah dengan tema Hari Tidur Sedunia pada tahun 2020 iaitu "Better Sleep, Better Life, Better Planet".

Mr Lew Mun Yee Pengasas dan President Amlife
Pendidikan Mengenai Tidur bukan sahaja sentiasa dihati kami dan menjadi falsafah perniagaan kami tetapi juga semakin penting memandangkan masalah tidur semakin meningkat di rantau ini. Bersama Persatuan Tidur Sedunia, Amlife menganjurkan pameran tidur yang meliputi bengkel dan sesi demo di 3 Negara utama iaitu Malaysia, Indonesia dan Taiwan - Encik Lew Mun Yee, Pengasas & Presiden Amlife
Menurut hasil tinjau selidik yang dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, sebanyak 27% penduduk di 14 Negara mengalami masalah tidur. Nampaknya bukan negara kita sahaja yang mempunyai masalah ini. Antara fakta penting lain yang korang perlu tahu tentang masalah tidur yang berkaitan dengan negara Malaysia adalah :

  • 35% rakyat Malaysia mengalami sesuatu bentuk gangguan tidur.
  • Lebih 53% tenaga kerja Malaysia mendapat kurang daripada minimum 7 jam tidur dalam tempoh 24 jam dan sekurang kurangnya 51% mengalami tekanan berkaitan dengan kerja.
  • 9 daripada 10 rakyat Malaysia mengalami sedikit sebanyak insomnia dan satu atau beberapa jenis masalah tidur.

Tak cukup tidur ini sebenarnya boleh membahayakan kesihatan malah boleh memberi ancaman maut. Apa yang akan berlaku sekiranya kita tak cukup tidur? Antara risiko yang mungkin akan berlaku sekiranya tak cukup tidur adalah seperti dibawah.

Strok (Angin Ahmar) 
Menurut USA Today, mereka yang tidur kurang daripada 6 jam sehari berhadapan dengan risiko diserang strok 4 kali lebih tinggi.

Obesiti (Kegemukan)
Satu kajian yang dijalankan oleh Columbia University mendedahkan bahawa peluang untuk menjadi gemuk adalah 73% lebih tinggi di kalangan orang yang kurang tidur. 

Kanser  
Satu kajian yang dijalankan oleh Persatuan Kanser Amerika mendapati bahawa kemungkinan mereka yang kurang tidur daripada 7 jam sehari mendapat kanser adalah 47% lebih tinggi.

Jantung
Kurang tidur boleh membawa kepada infarksi miokardium. Hasil kajian mendapati bahawa orang yang tidur kurang dari 5 jam sehari berdepan dengan risiko 1.45 kali lebih tinggi menghidap penyakit jantung arteri koronari. 

Info ini memang sangat berguna untuk kita semua. Lepas ini kena jaga tidur betul betul la kan. Oh ya, semasa pameran kesihatan tidur dijalankan. Amlife dan Persatuan Tidur Sedunia juga menjemput beberapa orang pakar seperti Cik Rosemary Clancy, pakar Psikologi Klinikal dari Sydney Sleep Centre yang berdaftar dengan Agensi Pengawalan Pengamal Kesihatan Australia (Australian Health Practioner Regulation Agency).

Ms Rosemary Clancy

Salah satu perkara yang diterangkan oleh beliau adalah tabiat mengambil pil tidur dan kesan jangka panjang yang akan berlaku kepada kita. Selain Cik Rosemary Clancy, Amlife juga menjemput Encik Kerwin Chen, pakar dalam bidang Pemakanan/Penyelidik makanan untuk berkongsi tentang pengetahuannya mengenai cara untuk mendapatkan tidur yang berkualiti menerusi diet dan makanan yang dimasak sendiri di rumah.

Encik Kerwin Chen

Selain pemakanan yang betul, persekitaran tidur yang selesa juga sangat penting untuk membolehkan kita tidur dengan lena. Dengan itu, Amlife yang merupakan pakar dalam industri ini melancarkan teknologi seni tidur yang sangat canggih dan menyeluruh iaitu Ampower Platinum BlanketAmpower Platinum Heat Sleep Mask dan Ampower Platinum Beautifly Pillow .

Ampower Platinum Blanket
Ampower Platinum Blanket

10 Kebaikan Ampower Platinum Blanket

  • Berkesan untuk mengaktifkan cecair badan dan melambatkan penuaan sel.
  • Mengembalikan keserian kulit.
  • Meningkatkan peredaran limfatik.
  • Meningkatkan kualiti tidur.
  • Mengaktifkan fungsi metabolisme dan detokfikasi.
  • Meningkatkan sistem imun.
  • Membantu dalam pelangsingan badan.
  • Meningkatkan daya tumpuan.
  • Meningkatkan kefleksibelan badan.
  • Memalarkan suhu badan, menentang angin, kesejukan dan kelembapan.

Ampower Platinum Beautify Pillow and Ampower Platinum Heat Sleep Mask
Ampower Platinum Beautifly Pillow and Ampower Platinum Heat Sleep Mask


8 kebaikan Ampower Platinum Beautifly Pillow

  • Menggalakkan pemutihan wajah.
  • Melicinkan kulit di muka dan leher.
  • Menyokong tulang belakang serviks dan mengelakkan tekanan.
  • Melancarkan detoksifikasi otak semasa tidur.
  • Mengalakkan tidur yang selesa.
  • Memperbaiki masalah dengkur.
  • Melegakan ketengan leher dan bahu.
  • Memperbaiki masalah alahan hidung.

Secara ringkasnya, Rangkaian produk teknik anti penuaian ini Platinum dari Jepun ini akan membantu melambatkan penuaan sel dan menjadikan kulit kita awet muda serta membantu mengekalkan keremajaan dan kesihatan badan menerusi tidur yang baik. Bagusnya ada produk yang macam ini. Kita bukan sahaja dapat tidur dengan lebih selesa, jadi lebih sihat malah boleh nampak awet muda. 

Jadi, untuk korang yang ingin dapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan produk dari Amlife, boleh layari laman sesawang mereka di www.amlife.com.my sekarang. 
Terbaru Lebih lama