Buffet Ramadhan 2020 di PARKROYAL Kuala Lumpur Hotel | Salah satu lokasi yang best untuk berbuka puasa di area Bukit Bintang adalah PARKROYAL Kuala Lumpur Hotel yang menyediakan lebih 50 jenis hidangan yang sangat menyelerakan.
Buffet Ramadhan 2020 di PARKROYAL Kuala Lumpur Hotel akan diadakan di salah sebuah restoren mereka yang dikenali dengan nama Chatz Bressarie yang berada ditingkat bawah lobby dimana korang boleh mencuba pelbagai jenis hidangan yang terkenal dari beberapa negeri di Malaysia.
Pengalaman berbuka puasa di PARKROYAL Kuala Lumpur Hotel
Untuk kali ini, saya akan kongsikan beberapa hidangan "higlight" yang wajib dicuba sekiranya korang memilih untuk berbuka di PARKROYAL Kuala Lumpur Hotel. Sebaik sahaja melangkah masuk ke Restoren Chatz Bressarie, hidangan pertama yang menarik perhatian adalah Kambing Panggang Cik Mek Molek Mewangi yang lembut dan sedap dimakan dengan cinamon roasted pineapple dan sos kismis kuzi istimewa. Kalau korang nak makan dengan nasi tomato pun boleh. Ramai jugak yang cakap nasi tomato dorang sedap.
Bercakap pasal nasi tomato, dorang juga ada menyediakan Gulai Kawah Pedas Tetel Omak Den yang sesuai dimakan bersama nasi tersebut. Nak lagi best kenalah makan dengan Special Nenda Ayam Goreng Ichi Kabin. Saya sempat mencuba sendiri ayam goreng ini dan ternyata memang sangat sedap kerana ia disaluti dengan pelbagai rempah ratus seperti lada hitam, kunyit, jintan, ketumbar, santan dan lain lain.
Untuk penggemar ikan pulak, korang kena cuba Ikan Goreng Kari Pulleh Ranggup Berlada Hitam. Nampak jer ikan goreng ini pastikan korang ambil lebih sikit sebab takut nanti menyesal sebab rasa dia memang ranggup dan ianya lebih sedap kalau dimakan bersama tiga pilihan sos yang disertakan dengan ikan goreng ini iaitu sambal kalasan, sos kasturi dan sos cili ketumbar.
Selain itu, korang juga boleh mencuba makanan berkuah macam Mi Kolok. Ini adalah kali pertama saya mencuba mi kolok, tak sangka pulak rasanya boleh tahan sedap. Mi Kolok di PARKROYAL Kuala Lumpur Hotel dihidangkan bersama bawang putih & merah yang dihancurkan, daging cincang, daun bawang dan ayam "Char Siew". Tak nak Mi Kolok? Tak apa sebab dorang juga ada Penang Assam Laksa.
Sekarang saya nak kongsikan berkenaan dengan pencuci mulut pulak sebab untuk kali ini PARKROYAL Kuala Lumpur Hotel menyediakan beberapa jenis pencuci mulut yang berasaskan Durian. Antara hidangan yang menggunakan durian adalah Bubur Kacang Hijau Durian dan Kek Coklat Durian.
Harga Buffet Ramadhan 2020 di PARKROYAL Kuala Lumpur Hotel
Harga yang dikenakan untuk buffet ramadhan di PARKROYAL Kuala Lumpur Hotel adalah RM132nett (Dewasa) dan RM66 (Kanak Kanak 5 - 11 tahun) tetapi korang boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah kalau booking awal sebab dorang ada promosi EARLY BIRD.
EARLY BIRD PROMOTION!
Booking Iftar/buka puasa bermula 16 MAC 2020 sehingga 26 APRIL 2020 - RM93nett per person.
Untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan buffet ramadhan di PARKROYAL Kuala Lumpur Hotel, korang boleh hubungi mereka di +603 2147 0088 atau enquiry.prkul@parkroyalhotels.com