4 Lokasi Menarik di Berlin yang korang wajib kunjungi | Hai semua, Selamat petang! Hari ini saya nak kongsikan dengan korang salah satu bandar raya yang boleh dikatakan menjadi tumpuan pelancong jika bercuti di benua Eropah. Kalau sebut Eropah, saya yakin salah satu negara yang terkeluar dari minda kita mesti Turki. Tak pun ibu negara dia, Istanbul tapi kalau korang nak tahu selain Turki, korang juga boleh berkunjung ke Berlin which is negara bagi German.
Tempat menarik di Berlin |
Memang tidak dapat dinafikan, selain daripada London, Turki, Paris, Rome, Barcelona dan beberapa lagi bandar raya besar, Berlin merupakan salah satu bandar yang masih banyak dikunjungi oleh pelancong-pelancong dari Asia. Untuk ke Berlin dari Malaysia memakan masa yang agak lama. Ia boleh mencecah 13 ke 15 jam di dalam penerbangan. Jadi pemilihan airline yang sesuai adalah penting bagi memastikan keselesaan korang sepanjang penerbangan.
Jadi, apa yang korang boleh buat? Korang boleh try survey tiket flight dekat beberapa laman web penerbangan yang ada untuk ke Berlin termasuklah Traveloka. Kenapa saya pilih Traveloka? Sebab harga dia bagi saya mampu milik. But still korang kena buat frequently check jugalah. Salah satu airline yang berbaloi untuk korang book adalah Jetstar Airlines sebab boleh dapat harga yang murah berbanding airline yang lain.
Penting tau untuk dapatkan harga tiket murah especially kalau bercuti dekat luar negara. Jadi apa yang korang boleh buat, cuba survey beberapa airline yang korang rasa sesuai untuk ke sana. Antara airline lain yang korang boleh check adalah Turkish Airline, Singapore Airline, Finnair dan banyak lagi tapi bagi saya better korang cari yang boleh menjaminkan keselesaan korang masa dalam flight.
Selain itu, korang juga boleh survey Qatar Airways sebab Qatar ni memang tak dinafikan kualiti servis dia. Jadi, korang boleh la start cari Qatar Airways flight booking dekat website Traveloka ikut tarikh yang korang nak pergi. Lebih awal lebih bagus. Setel sedikit sharing tips saya mengenai pemilihan penerbangan ke Berlin.
Satu benda yang korang perlu tahu, Mereka yang tinggal di Bandar raya berlin ini dikatakan sangat berdisiplin di atas Jalan Raya. Best la kalau macam tuh kan sebab bila bercuti tak kisahlah dekat mana kita tak nak stress. Kalau semua orang berdisiplin atas jalan raya barulah seronok nak jalan jalan. Best tuh memang best tapi kalau pergi Berlin nak buat apa jer kat sana? Ok, sekarang ini jom kita tengok tempat tempat menarik di Berlin yang boleh korang explore.
The Museum of Natural History
The Museum of Natural History |
Berlin sangat terkenal dengan sejarahnya. Kalau korang datang bercuti ke Berlin untuk honeymoon atau dengan keluarga, saya sangat-sangat galakkan korang pergi muzium ini. Apa yang paling menarik dekat dalam muzium ini, dia ada satu zon khas di mana haiwan haiwan diawet. Yang paling menarik, sebaik sahaja korang melangkah masuk muzium, korang dapat tengok real gigantic size of dinasour. Boleh nganga la kejap tengok dinasour ini. Terbayang kejap Jurassic Park dalam kepala.
German Spy Museum Berlin
German Spy Museum Berlin / Credit to : Tom Koronwski |
Lagi satu muzium yang bagi saya sangat menarik dan unik adalah German Spy Museum Berlin. Muzium Ini bagi saya konsep dia sama macam Kidzania yang ada kat Damansara which is korang boleh hands on semua alat yang disediakan tapi bezanya yang ni adalah spy muzium. Korang boleh bayangkan tak alat-alat yang spy pakai tu? Ha kat sini korang boleh pegang alat-alat tu dan merasa sendiri macam mana rasanya jadi spy agent. Mesti best kan sebab orang dewasa pun boleh masuk.
Brandenburg Gate
Brandenburg Gate |
Merupakan salah satu tempat yang paling ramai dikunjungi oleh pelancong-pelancong yang datang ke Berlin. Brandenburg Gate merupakan historical gate di mana ia menunjukkan simbol bagi Berlin’s Cold War yang berlaku suatu ketika dahulu. korang boleh tangkap gambar banyak-banyak di Brandenburg Gate sebab environment dekat sini sangat cantik. Korang datang malam pun still lawa sebab tempat ini dipenuhi dengan cahaya-cahaya lampu yang unik.
Berlin Television Tower
Berlin Television Tower |
Satu-satunya bangunan pencakar langit yang berdiri tegak di tengah-tengah bandar Berlin. Ia juga merupakan simbol utama bagi bandar Berlin ini. Boleh dikatakan sama konsep macam KL Tower. Untuk korang dapatkan view Berlin from above, korang boleh masuk ke television tower ini and enjoy the view of Berlin’s City. Memang lawa. Nak lagi cantik korang boleh pergi masa sunset. Pemandangan dia boleh dikatakan majestic.
Okay korang. So macam mana? Ini adalah tempat tempat menarik yang korang boleh survey kalau korang berhajat nak ke Berlin. Kalau diikutkan banyak je lagi tempat yang menarik. Tapi saya senaraikan top sight ni je dulu. Nanti kalau ada masa saya sambung tempat-tempat lain pula. Saya harap dengan perkongsian ini dapat membantu korang membuat pilihan yang tepat untuk percutian korang dimasa akan datang. Kalau korang ada tempat best nak share, silakan. Jangan malu-malu okay. Terima kasih korang sebab sudi singgah dan baca. Kita jumpa lagi ok. bye!