Naikkan subcribers Youtube dengan sub4sub? Berhenti sekarang sebelum terlambat | Tidak dinafikan sub4sub masih lagi digunakan oleh youtuber pemula seperti saya untuk menaikkan jumlah subcriber dengan cepat dan mudah tetapi selepas menggunakan cara ini selama beberapa minggu, saya sedar aktiviti ini tidak bagus untuk channel youtube kita.
Saya rasa aktiviti sub4sub semakin meningkat disebabkan oleh syarat baru yang dikeluarkan youtube pada tahun 2018 dimana untuk membolehkan sesebuah channel meletakkan iklan, "Content Creator" perlu mendapatkan 1000 subscribers dan 4000 jam (240,000 minit) watchtime.
Persoalannya, kenapa sub4sub tidak bagus untuk channel youtube kita?
Saya akan mulakan dengan "youtube policies". Untuk korang yang tak tahu, youtube ada satu polisi yang dinamakan "Fake Engagement Policy" yang melibatkan sub4sub.
Offering to subscribe to another creator’s channel only if they subscribe to your channel (“sub4sub”)
Bila youtube sendiri yang keluarkan polisi ini semestinya mereka ada cara tersendiri untuk check samada channel kita terlibat dengan sub4sub atau tidak. betul tak? Jadi elakkan buat video yang mempromosikan aktiviti sub4sub dan dekat bahagian komen pun sama, jangan komen "saya dah subs channel nih jgn lupa subs saya pulak - contoh" supaya channel korang tidak dikenakan apa apa tindakan dari youtube.
Mungkin ada sesetengah youtuber akan cakap "Saya tak promote sub4sub dalam video dan dekat bahagian komen di youtube, saya buat dekat platform lain". Pada pendapat saya, tak kiralah dekat platform mana sekalipun kita buat aktiviti sub4sub ini. Ianya jelas tidak bagus untuk dilakukan oleh youtuber atas beberapa faktor.
Bila kita jalankan aktiviti sub4sub dengan youtuber lain, channel kita akan di subscribe tetapi belum tentu video yang kita muatnaik ditonton oleh mereka. betul tak? Kalau subscribers naik dengan banyak tetapi watchtime pula tidak meningkat tiada gunanya kerana youtube bukan hanya fokus kepada subscriber sahaja. Lagipun kita tidak tahu mungkin beberapa hari selepas subscribe channel kita, dorang akan unsubscribe balik. Jadi, fikir fikirkanlah.
Lagi satu, mengikut pengalaman saya sendiri, youtuber akan menyuruh saya menonton video mereka paling kurang 2 minit dan selepas itu barulah subscribe. Kenapa? Sejujurnya saya tak tahu tapi apa yang saya tahu ianya akan memberikan kesan negatif kepada channel kita.
Selalunya bila video sudah ditonton selama 2 atau 3 minit, mereka akan terus subscribe dan tutup video tersebut untuk teruskan aktiviti sub4sub dengan channel lain. Cuba bayangkan kalau video yang kita muatnaik berdurasi 10 minit tetapi hanya ditonton selama 2 minit sahaja sudah tentulah ia memberikan kesan yang tidak baik untuk channel kita kerana youtube mungkin akan beranggapan video yang kita muatnaik tiada kualiti disebabkan oleh ratio tontonan yang sangat rendah.
Saya tahu sub4sub ini sangat membantu youtuber untuk naikkan subscribers dengan cepat tetapi kita tak tahu apa kesannya dimasa akan datang. Kalau tak dapat monitize macam mana? Kalau kena remove channel macam mana?
Konklusinya, apa yang perlu kita fokus adalah "content" video di youtube bukannya jumlah subscribers. Kita perlu memenuhi syarat yang ditetapkan oleh youtube untuk meletakkan iklan di video tetapi kalau kita fokus dengan content, perbaiki apa yang kurang insyaallah subscribers akan datang sendiri tanpa perlu dicari. Saya pun masih lagi merangkak dalam dunia youtube ini jadi marilah kita sama sama belajar untuk menaikkan subscribers dan watchtime dengan cara yang betul dan "genuine".