Selepas 2 tahun baru dapat makan Burger KFC Zinger Cheezilla | Ada lagi tak di antara korang semua yang belum lagi mencuba Burger KFC Zinger Cheezilla? Kalau belum, korang kena baca artikel ini sampai habis.
Beberapa hari yang lepas saya sempat mencuba sendiri Burger KFC Zinger Cheezilla dan ternyata rasanya agak sedap dan menyelerakan tetapi sedap sahaja cukup ke untuk buat korang tertarik untuk beli?
Pada pendapat saya, Korang kena cuba Burger Zinger Cheezilla sebab ianya didatangkan dengan Mozarella cheese yang agak banyak. Puas hati bila tengok Mozarella Cheese yang dorang letakkan bersama dengan burger. Kalau makan panas panas lagi la best sebab boleh tarik Mozarella Cheese tuh panjang panjang hehe.
Selain itu, Saiz Burger Zinger Cheezilla ini boleh tahan besar berbanding Zinger Burger yang biasa kita makan sebab ada fillet ayam yang "gemok"! Tambah pulak dengan Mozarella Cheese, memang besarlah sampai susah nak gigit.
Burger Zinger Cheezilla boleh didapatkan secara ala carte, combo dan box meal. Untuk ala carte semestinya korang akan dapat burger sahaja tetapi untuk set combo, korang akan dapat Burger Zinger Cheezilla, Wedges dan minuman, manakala untuk set box meal pula korang akan dapat Burger Zinger Cheezilla, Ayam Goreng, Wedges dan minuman.

Saya tak pernah tahu pun sebenarnya KFC pernah keluarkan Burger Zinger Cheezilla dua tahun lepas. Nasib baiklah KFC keluarkan balik burger ini sebab tak sangka pula saya akan suka sebab selalunya kalau pergi KFC memang jarang order burger. Jadi, untuk korang yang belum cuba tuh bolehlah beli burger ini!