California Raisins menjadi pilihan chef bertaraf dunia | Sajian lazat dan menggunakan kismis | Baru baru ini saya berpeluang untuk menghadirkan diri ke majlis "
Sampling On the Fourteen Restaurant" yang berlangsung di
Berjaya University College untuk mencuba beberapa sajian menggunakan
Kismis California.
Resepi sajian yang dihidangkan pada malam tersebut dicipta oleh Chef Selebriti Belgium bertaraf dua bintang Michelin iaitu
Chef Emmanuel Stroobant bersama chef jemputan
Erich Anton Roos yang telah berkecimpung dalam bidang kulinari antarabangsa selama 40 tahun. Bertuah rasanya bila dapat mencuba dan melihat sendiri bagaimana chef yang cukup terkenal ini menyediakan sajian berasaskan kismis california yang menjadi kegemaran ramai sejak dari dulu lagi.
|
Chef Emmanuel Stroobant |
Terdapat tiga resepi yang sediakan oleh Chef Emmanuel Stroobant iaitu
Kismis California Ketam dan Kubis Bunga,
Pasta Kismis Californiia dengan Jintan Hitam & Udang dan
Kismis California dengan Rusuk Lembu & Buah Buahan Musim Sejuk.
|
Kismis California, Ketam dan Kubis Bunga |
|
Pasta Kismis California dengan jintan hitam dan Udang |
|
Kismis California dengan Rusuk Lembu dan buah buahan musim sejuk |
Semuanya sangat menyelerakan dan yang penting sangat sedap. Selesai sahaja menjamu selera dengan ketiga tiga sajian ini, Chef Erich Anton Roos pula yang mengambil alih tempat Chef Emmanuel Stroobant untuk mendemostrasikan tiga resepi pencuci mulut yang berasaskan Kismis California.
|
Chef Erich Anton Roos |
Tiga Pencuci mulut yang disediakan oleh Chef Erich Anton Roos adalah
Mufin Kismis California dengan Krim,
Aiskrim Kayu Manis California dan juga
Paf Epal.
|
Mufin kismis california dengan krim, aiskrim kayu manis california & Paf Epal |
Ternyata Kismis California ini bukan sahaja sesuai dijadikan sebagai snek harian yang menyihatkan malah ianya sesuai dijadikan sebagai bahan serba guna dalam masakan tak kiralah pembuka selera, sajian utama, pencuci mulut dan juga minuman.
|
Encik Richard Lieu, Pengarah Promosi Perdagangan RAC bagi Malaysia |
Menurut Pengarah Promosi Perdagangan RAC bagi Malaysia, Encik Richard Lieu,
Kismis sesuai untuk dimanfaatkan dalam banyak keadaan kerana kismis sedia untuk dimakan, sihat dan lazat. Satu paket kismis california boleh dimasukkan ke dalam beg tangan atau beg bimbit. Ia juga mudah diselitkan dalam bekas makanan tengahari, beg gim dan laci meja tulis anda. Kismis California juga mampu dibeli, tidak mudah rosak dan senang untuk digunakan terus dari kotak - tidak perlu dibasuh, dikupas atau dicincang dimana ianya membolehkan seseorang mencipta sajian dengan mudah.
|
Sun Maid California Raisins |
Kismis ini bukan hanya lazat malah ada banyak khasiat sebab itulah kita digalakkan untuk menggunakan kismis dalam masakan supaya pemakanan dan diet kita menjadi lebih seimbang dan lebih sihat.
|
California Raisins |
Pakar diet klinikal Cik Tan Yen Sing yang turut hadir dalam majlis ini juga sempat berkongsi kebaikan dan kelebihan Kismis California bersama tetamu yang hadir. Menurut beliau,
Hasil kajian menunjukkan pengambilan lebih banyak buah buahan & sayur sayuran, iaitu melebihi 5 sajian sehari dikaitkan dengan pengurangan 17% penyakit jantung koronari. Kismis juga mengandungi 35% fruktosa dan 35% glukosa yang merupakan gula buah buahan semulajadi dan sumber tenaga yang tidak mengandungi lemak dan kolestrol.
Antara kelebihan Kismis California yang korang perlu tahu adalah :
- Semula jadi sepenuhnya
- Manis secara semula jadi dan tidak mengandungi gula tambahan
- Tidak mengandungi lemak dan kolestrol dan rendah natrium (garam) secara semula jadi
- Sumber kalium (elektrolit penting yang membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf)
- Sumber serat
- Sumber nutrien
- Diketahui mengandungi fitonutrien yang menyekat pertumbuhan bakteria dalam mulut yang dikaitkan dengan kaviti dan menyakit gusi
Jadi buat semua pembaca blog luqman zakaria, saya sarankan korang semua dapatkan kismis california ini untuk dijadikan sebagai bahan masakan dan snek harian kerana ianya sangat lazat dan menyihatkan. Untuk dapatkan resepi dan maklumat lanjut berkaitan dengan Kismis California, Korang boleh layari laman web rasmi mereka di www.calraisins.org dan www.caraisins.com. Ikuti mereka di facebook @RACAsean juga untuk info terkini.