MR. MUFE - MY LEPAK BUDDY, Platform baru untuk bantu pemain industri berkarya dan jana ekonomi Negara

MR. MUFE - MY LEPAK BUDDY, Platform baru untuk bantu pemain industri berkarya dan jana ekonomi Negara  | Untuk artikel kali ini saya ingin kongsikan dengan korang semua tentang satu platform online streaming terbaharu yang bakal dilancarkan pada pertengahan tahun baru ini.

Di zaman "millennial" ini, netizen lebih suka menghabiskan masa dengan telefon pintar untuk menonton filem kerana ianya lebih mudah diakses dimana sahaja mereka berada. Lagi pun sekarang ini ada banyak platform online streaming  yang menggantikan media tradisional sebagai hub hiburan contohnya Netflix, iflix, VIU, Amazon Prime dan banyak lagi. 

Walaupun sudah banyak tapi rasa macam tak cukup je kan! Sebab itulah Malaya United Films & Entertainment Sdn Bhd tampil dengan sebuah platform online streaming terbaharu yang dikenali dengan nama Mr Mufe - My Lepak Buddy.

Soft Launch Mr Mufe- My Lepak Buddy

Apa yang menarik tentang Mr Mufe - My Lepak Buddy?

Kalau korang nak tahu, platform online streaming  ini hanya menawarkan kandungan kandungan yang segar, tulen (Original) dan terbaharu sahaja. Ianya juga sangat bervariasi dimana korang boleh menonton :

  • Telefilem
  • Drama bersiri
  • Filem Pendek
  • Program Realiti
  • Gameshow
  • Bual Bicara
  • Program Kesihatan
  • Program Kecantikan dan banyak lagi rancangan yang menarik

Sebahagian kandungan yang bakal ditawarkan dalam platform Mr Mufe - My Lepak Buddy ini adalah kandungan terbitan Malaysia United Films Entertainment sendiri manakala sebahagian lagi adalah kandungan yang diperolehi dengan hasil kerjasama syarikat syarikat produksi tempatan.

Fakta menarik : Pemain Industri dan Karyawan seni memiliki hak ke atas harta intelek mereka sendiri biarpun menggunakan platform Mr Mufe - My Lepak Buddy untuk menayangkan kandungan program mereka

Bagus kan platform ini sebab selain memberi menfaat untuk pemain industri dan karyawan seni berkarya dengan produk seni, mereka juga menambah peluang pekerjaan kepada pekerja seni tempatan untuk meneruskan kelangsungan hidup


Malaya United Films Entertainment juga memperkenalkan teknologi Blockchain dan mewujudkan sistem Content Delivery Network atau dikenali dengan sistem CDN serta Cloud Computing untuk memastikan kandungan dalam platform ini tidak menjadi Mangsa cetak rompak.

Soft Launch Mr Mufe - My Lepak Buddy
Untuk pengetahuan semua, Platform Mr Mufe - My Lepak Buddy juga bakal dilancarkan di beberapa buah negara lain secara serentak. Negara yang saya maksudkan adalah United Arab Emirates (UAE), India, Pakistan, Indonesia termasuklah juga negara kita, Malaysia.

Kandungan program dalam platform ini boleh dinikmati tanpa gangguan iklan. Ini kerana iklan yang dipaparkan hanya berlangsung selama 30 saat di awal kandungan sahaja tidak seperti platform lain.

Info Penting

Platform Mr Mufe - My Lepak Buddy ini boleh ditonton secara PERCUMA! Hanya kandungan premium seperti filem cereka sahaja yang akan dikenakan bayaran USD0.99 per filem. Untuk korang yang ingin menonton kandungan dari Negara lain seperti UAE, India, Pakistan dan indonesia, korang hanya perlu membayar USD2.99 sahaja setiap bulan. 

Satu lagi yang best adalah bagi tempoh 6 bulan pertama, korang berpeluang menonton semua kandungan dari Negara lain  di platform Mr Mufe - My Lepak Buddy secara PERCUMA. *Ini tidak termasuk Filem Cereka

Ada berita baik juga untuk pengiklan diluar sana, Sekiranya korang berminat untuk meletakkan iklan di platform ini, mereka juga menawarkan harga pengiklanan yang cukup murah iaitu USD00.05 sahaja untuk 10 saat per slot.

Soft Launch Mr Mufe - My Lepak Buddy
Jadi, sekiranya ada pihak industri kandungan dan karyawan seni tempat yang berminat untuk bekerjasama dengan Malaya United Films Entertainment, anda sangat dialu alukan. Peluang keemasan ini perlu direbut bagi memastikan industri kreatif kita terus hidup dan berkembang pesat.
Terbaru Lebih lama