Karnival Starlight di Resorts World Genting meriah dengan pelbagai aktiviti menarik | Korang tahu tak baru baru ini ada satu karnival menarik yang berlangsung di Genting Highlands iaitu Karnival Starlight. Karnival ini diadakan pada setiap hari khamis, jumaat dan sabtu bermula bulan oktober sehingga 2 November yang lepas.
Ianya diadakan ditempat terbuka dengan suasana yang sangat unik dan ianya menampilkan empat elemen utama iaitu muzik, filem, makanan dan permainan. Kenapa karnival ini diadakan di Resorts World genting? Seperti yang kita tahu, Malaysia adalah sebuah Negara yang beriklim tropika jadi karnival seperti ini jarang dibuat tetapi memandangkan cuaca di Resorts World Genting sentiasa sejuk karnival ala Eropah seperti karnival Starlight boleh dijalankan tanpa masalah.
Seperti yang saya kongsikan dengan korang, Karnival ini mempunyai tarikan yang berbeza beza mengikut empat yang ditampilkan. Untuk elemen filem, mereka menyiarkan beberapa filem menarik seperti A Star is Born, Mamma Mia, Hairspray, Chicago dan juga Jersey Boys. Filem filem ini ditayangkan ditempat terbuka dan pengunjung boleh menonton dengan penuh santai sambil duduk diatas beg kekacang (Bean Bags) dan kusyen yang disediakan.
Untuk makanan pula, mereka menyediakan pelbagai pilihan tempat makan menggunakan foodtruck. Selain itu, Resorts World Genting juga mempamerkan beberapa hidangan terbaharu suite F&B nya. FUHU by Zouk yang merupakan sebahagian daripada kompleks Zouk Genting pula menyediakan beberapa sampel masakan gabungan unik termasuklah tacos pedas FUHU dan bubur pati itik FUHU. Terdapat juga hidangan kegemaran London yang dibawakan oleh Harry Ramsden iaitu ikan dan kentang goreng. Masakan Itali seperti piza, pasta dan lain lain juga ada disediakan di kios II Lago. Makanan tempatan seperti nasi ayam dan mi bakso pun ada dijual di Cosmic Café. Aiskrim dan minuman berasaskan manga boleh pula boleh didapati di khemah La Cremeria dan trak Sjora.
kredit to dikbee untuk semua gambar
Sambil makan tuh pengunjung juga boleh dengar muzik yang dimainkan oleh pemuzik berbakat macam Aidan Soloist, VIBES, McBE Duo dan Double Ace yang membuat persembahan di atas pentas Gazebo. Tidak lengkap sebuah karnival kalau tak ada permainan yang mencabar dan menyeronokkan. Pengunjung yang datang boleh mununjukkan bakat dan kemahiran masing-masing di kios permainan seperti menjaringkan bola keranjang di Shooting Star, memutar roda mencuba tuah di Milky Way Spin, Asteroid Toss, Topple Galaxies dan memancing itik di Pick A Star. Kalau bernasib baik boleh bawa balik hadiah-hadiah menarik.