Temui K-Clique, Ella, Bunkface dan ramai lagi selebriti kegemaran anda di Konsert Hausboom Music 2019 | Ingat lagi tak Konsert Hausboom Music 2018? Kalau korang nak tahu Konsert Hausboom Music yang diadakan pada tahun lepas mendapat sambutan yang agak memberangsangkan.
Jadi, untuk tahun ini mereka membuat keputusan untuk mengadakan Konsert Hausboom Music 2019 ditempat yang lebih besar supaya dapat memberi ruang kepada semua peminat menghadirkan diri dan "enjoy" persembahan artis kegemaran masing masing.
Kenapa korang perlu datang ke Konsert Hausboom Music 2019?
Untuk konsert kali ini Hausboom bakal menampilkan beberapa artis dan pemuzik tempatan yang menjadi kegilaan ramai seperti K-Clique, Pop Shuvit, Ella, Bunkface, Gerhana Ska Cinta dan Budak Nakal Hujung Simpang. Satu konsert yang sangat menarik kerana mereka menggabungkan pelbagai genre musik seperti rock, hip hop, reggae dan ska diatas satu pentas.
Konsert Hausboom music 2019 ini akan diadakan pada 10 November akan datang bermula jam 4 Petang hingga 10 malam di Mines International Exhibition and Convention Centre (MINES). Pemilihan tempat yang sangat sesuai kerana ianya boleh menempatkan lebih 7000 penonton.
Tapi macam mana pula dengan harga tiket?
Jangan risau sebab harga tiket yang dikenakan untuk Konsert Hausboom Music 2019 sangat berpatutan. Korang boleh dapatkan tiket Konsert Hausboom Music 2019 di aplikasi "TicketApps" dengan harga RM30 (Early Bird), RM60 (Pintu Masuk) dan RM100 (Rock Zone) bermula 18 October 2019 hari Jumaat akan datang.
Inilah masanya untuk korang datang berjumpa dengan penyanyi kegemaran dan mendengar sendiri persembahan mereka secara live. Konsert ini akan berlangsung selama 7 jam. Dalam masa 7 Jam ini korang akan diberikan masa secukupnya untuk rehat, solat dan mungkin korang juga mencuba sendiri jus sparkling Pemium Hausboom yang menjadi pilihan ramai sekarang ini.
Jus Sparkling Premium Hausboom didatangkan dengan pelbagai perisa!
Alang alang bercakap pasal Konsert Hausboom Music 2019, saya nak kongsikan juga dengan korang semua mengenai jus sparkling yang dikeluarkan oleh Hausboom. Mereka menawarkan enam rasa jus buah iaitu mangga, jambu, laici, blackcurrent, strawberri dan lemon. Menariknya baru baru ini saya berkesempatan untuk mencuba sendiri jus sparkling premium hausboom limited edition yang berperisa roti bakar!
Kalau korang nak tahu, Hausboom dihasilkan dengan jus buah yang diimport dan ianya mematuhi serfitikasi halal, HACCP dan Standard Amalan Pembuatan Baik (GMP). Nak cuba sendiri minuman jus sparkling premium Hausboom ini? Korang boleh dapatkannya di semua kedai serbaneka, pasaraya dan stesen minyak seluruh Malaysia.
Untuk maklumat lanjut tentang Hausboom.