Tips dan cara mudah untuk tambah followers instagram dengan hashtag | Adakah penggunaan hashtag di instagram masih lagi releven dan boleh diguna pakai pada tahun 2019? Jawapannya adalah ya! Untuk artikel kali ini, aku akan berkongsi tentang tips dan cara menggunakan hashtag di instagram dengan berkesan.
Tips tambah instagram follower menggunakan hashtag
Terdapat dua perkara yang perlu dititikberatkan apabila korang ingin menggunakan hashtag pada setiap post di instagram iaitu :
Guna hashtag yang releven untuk gambar dan video yang ingin dikongsikan
Sebenarnya ada ramai orang guna hashtag yang tidak releven dengan gambar yang dorang post. Sebagai contoh, gambar yang dimuatnaik adalah gambar "selfie" tetapi hashtag yang digunakan pula adalah #ysuku dimana ia dianggap sebagai hashtag yang tidak releven dengan gambar yang di kongsikan. Aku faham yang #ysuku adalah antara yang popular dan trending tetapi kalau hashtag itu tiada kaitan dengan gambar yang korang upload sebaiknya jangan gunakan. kenapa?
Baca Juga : Guide - Feature Terbaru Instagram.
Cuba bayangkan kalau peminat motor mencari gambar ysuku di instagram menggunakan #ysuku dan apa yang dorang dapat adalah gambar selfie korang. Dorang mungkin akan report post korang kepada instagram atas kesalahan penyalahgunaan hashtag. Sekiranya perkara ini berlaku secara berterusan instagram akan mengambil tindakan dimana mereka akan "hidden" hashtag tersebut dan sebarang post yang menggunakan hashtag itu tidak akan muncul di "recent posts". Salah satu hashtag yang disalahgunakan oleh pengguna instagram adalah #beautyblogger. Korang boleh rujuk gambar dibawah sebagai contoh.
gambar diatas menunjukkan contoh hashtag (#travelguide) yang tidak disembunyikan / hidden oleh instagram dimana korang masih boleh nampak "recent posts"
gambar diatas menunjukkan contoh hashtag (#beautyblogger) yang telah disembunyikan / hidden oleh instagram dimana korang boleh baca kenyataan instagram berkaitan hashtag tersebut
Jadi, sekiranya korang upload atau memuatnaik gambar di instagram pastikan hashtag yang digunakan adalah hashtag yang berkaitan dengan gambar itu sendiri kerana ianya dapat membantu gambar yang korang post dilihat oleh orang yang sepatutnya. Dari situlah views, likes dan followers korang akan bertambah.
Jangan letak hashtag yang ramai orang guna
Selalunya orang akan cari hashtag yang ramai orang guna contohnya #travelholic (yang diguna sebanyak 8 juta kali) atau #beautifuldestinations (diguna sebanyak 38.4 juta) kononnya ia dapat membantu gambar tersebut dilihat dan di "likes" oleh ramai orang. Secara logiknya kalau korang post gambar menggunakan hashtag yang ramai orang guna pada waktu yang sama, possibility untuk post korang berada dibahagian atas atau top posts sangat susah. Berkemungkinan post korang akan jatuh kebawah dengan sangat cepat menyebabkan pengguna instagram lain tidak dapat melihat post tersebut.
Jadi, tips aku yang kedua adalah korang cari hashtag yang tak ramai sangat orang guna sebab bila kita letak hashtag yang tak ramai sangat orang guna, peluang untuk gambar yang kita post berada dibahagian atas atau top posts sangat tinggi dan secara tak langsung pengguna instagram yang mencari post berkaitan dengan hashtag tersebut dapat melihat post kita dengan kadar segera dan peluang untuk dapatkan views, likes dan follow dari dorang sangat tinggi.
Untuk menjawab soalan "penting ke gambar atau video kita berada di top post?" Absolutely yes. Dibawah ini aku sertakan sekali gambar yang menunjukkan pertambahan followers dari post yang aku kongsikan di instagram.
Macam mana nak dapatkan info seperti dalam gambar dekat atas ini? korang perlu tukar profile biasa kepada business dulu. Senang nak buat! korang boleh baca artikel 3 kelebihan mengguna business profile di instagram. Aku ada kongsikan cara cara nak tukar profile biasa ke business dekat situ.
Tips yang dikongsikan dengan korang ini adalah organik dan genuine tanpa penggunaan software naikkan follower instagram atau pun beli followers instagram. Cara tambah follower instagram yang aku share perlu dilakukan dengan hasil usaha sendiri supaya kita rasa berbaloi dengan apa yang kita dapat. Aku harap dengan informasi ini sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk build up instagram profile dengan cara yang bersih dan selamat.