Pengalaman menyertai Cyber Eco Hunt 2019 bersama Alam Flora dan DHES | Untuk artikel pada kali ini saya ingin berkongsi tentang Cyber Eco Hunt 2019 yang dianjurkan oleh Alam Flora. Program ini disertai oleh bloggers, Influencers dan Key Opinion Leader (KOL) seramai 30 orang. Untuk pengetahuan semua, Alam Flora adalah syarikat pengurusan alam sekitar yang sangat aktif dalam penganjuran program yang best seperti ini contohnya Zero Carbon Challenge Eco Race, AFSB KL Blogger Hunt dan banyak lagi.
Sebagai seorang blogger, saya rasa sangat bertuah kerana berpeluang untuk menyertai program yang penuh dengan informasi ini. Banyak perkara baru yang saya pelajari sepanjang program ini berlangsung terutama sekali tentang cara untuk menguruskan sisa sampah dengan lebih teratur dan bijak supaya alam sekitar dapat dijaga dengan baik.
Aktiviti menarik yang dilakukan dalam Cyber Eco Hunt 2019
Program ini sangat menyeronokkan kerana kami semua diberikan beberapa tugasan yang cukup menarik. Terdapat 7 Tugasan yang disediakan oleh Alam Flora sebagai cabaran untuk kami semua selesaikan. Tugasan pertama adalah Square Footage Calculator dimana kami perlu mengira harga yang dikenakan oleh DHES untuk membersihkan lantai mengikut ukuran yang diberikan dan kami juga diberikan tunjuk ajar tentang cara cara untuk mengendalikan alatan pembersihan yang digunakan oleh pihak DHES.
Tugasan kedua pula adalah Work and Safety dan A Gardener's Life. Bagi mereka yang ditugaskan untuk bahagian work and safety, mereka perlu belajar cara cara untuk memakai harness safety dengan betul dan selebihnya berpeluang untuk menggunakan alatan pembersihan lengkap dengan ciri ciri keselamatan seperti goggle, topi dan sarung tangan.
Untuk tugasan ketiga dan keempat, kami semua dibawa ke River of Life yang terletak di Bandar Kuala Lumpur. Tugasan ketiga diberi nama A Create Campaign dimana setiap peserta perlu memikirkan cara yang creative untuk kempen buang sampah ke dalam tong sampah supaya dapat memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang pentingnya membuang sampah ke tempat yang betul.
Selepas tugasan ketiga selesai, kami semua meneruskan perjalanan ke Boutiqe Cafe di Muzium Tekstil yang berada berdekatan dengan River of Life untuk makan tengahari dan sini jugalah kami perlu membuat tugasan keempat yang dipanggil Love Food Hate Waste.
Tugasan ini sebenarnya untuk memberi kesedaran kepada kita betapa pentingnya menghabiskan makanan dan tidak membazir kerana pembaziran yang dilakukan memberi kesan yang buruk kepada alam sekitar. Mungkin kita rasa ianya adalah perkara biasa tetapi tahukan korang 15000 dari 33000 tan sampah yang dibuang setiap tahun adalah dari sisa makanan? banyak kan. Jadi, mulai sekarang habiskan makanan dan elakkan pembaziran yang berlebihan.
Bila dah kenyang, kami semua sambung lagi tugasan yang seterusnya (Tugasan 5) di Apartment Presint 9 Fasa 7 dimana kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membantu surirumah menggoreng 1 paket Karipap frozen dan menolong mereka menjual minyak masak terpakai dengan harga RM1.10/sekilo di Alam flora 3R on Wheels yang berada di kawasan perumahan tersebut.
Selepas itu, kami dibawa ke Alam Flora Buy Back Centre untuk tugasan keeman dimana kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mencari lokasi barangan kitar semula menggunakan Google Maps. Seterusnya barangan ini akan diasingkan mengikut tiga kategori iaitu tin, plastik serta kertas dan akan dijual untuk mendapatkan wang. Korang juga boleh dapatkannya dalam bentuk point menggunakan kad mesra dan redeem point tersebut di Petronas.
Tugasan terakhir untuk program Cyber Eco Hunt 2019 adalah berkunjung ke Integrated Recycling Facility dimana kami dapat melihat sendiri proses mengasingkan sampah mengikut kategori masing masing dilakukan.
Selepas semua tugas diselesaikan dengan jayanya, kami dibawa ke The Glass Suite Marina Putrajaya untuk majlis penutup. Tahniah saya ucapkan kepada semua pemenang dan Terima kasih kepada Alam Flora dan DHES kerana memberi peluang untuk saya turut serta dalam Cyber Eco Hunt 2019.
Saya harap Alam Flora dan DHES akan sentiasa menganjurkan program seperti ini dimasa akan datang untuk membuka mata kita semua tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan pada masa yang sama mendidik kita untuk menguruskan sampah dan sisa buangan dengan lebih bijak dan teratur untuk kebaikan bersama.