Cara buat caption yang lebih kemas dan rapi di instagram | Bagi korang yang suka menulis caption yang panjang dalam bentuk perenggan di instagram semestinya akan mengunakan titik atau dot untuk jarakkan antara peranggan pertama dan kedua supaya nampak lebih cantik tetapi hakikatnya menggunakan "awkward character" seperti titik akan membuatkan caption nampak "messy" dan tidak kemas.
Jadi, untuk artikel kali ini aku akan kongsikan cara cara untuk buat caption yang sama seperti dalam gambar dekat atas ini tanpa menggunakan titik atau dot menggunakan website apps4life yang akan membantu korang untuk menjadikan caption instagram nampak lebih tersusun.
Baca Juga : 3 Aplikasi Edit Gambar Cantik Untuk Instagram
Cara buat caption instagram yang kemas menggunakan website apps4life
Caranya sangat mudah! Pertama sekali, apa yang korang perlu buat adalah taip sahaja caption instagram seperti yang korang mahukan tanpa meletakkan titik atau apa apa awkward character yang akan mencacatkan caption korang.
Selepas itu, korang cut atau copy caption yang korang nak dan paste kan dalam website apps4life seperti dalam gambar dekat bawah ini. Aku kongsikan link sekali supaya senang untuk korang.
Langkah seterusnya adalah tekan butang "convert (© to clipboard)", paste kan balik caption yang sudah di convert ke dalam ruangan caption di instagram dan korang tekan share.
Selepas dah share post, korang boleh nampak caption lebih kemas dan tersusun tanpa titik atau dot. Jadi dengan perkongsian ini dapat membantu korang untuk buat caption yang lebih menarik dan senang untuk follower instagram korang baca informasi yang ingin dikongsikan. Aku juga ada sediakan tutorial ini dalam versi video di instagram. Kalau korang nak tengok boleh klik link ini > cara buat caption lebih kemas