Sebagai pengguna instagram, aku sentiasa akan cari aplikasi yang boleh digunakan untuk edit gambar di instagram supaya gambar gambar yang aku kongsikan nampak lebih menarik. Jadi, untuk entry kali ini aku akan kongsikan dengan korang semua tentang aplikasi yang boleh korang gunakan untuk edit gambar.
Aplikasi edit gambar yang menarik untuk instagram
Terdapat banyak aplikasi yang ada di playstore atau apple store yang korang boleh download tapi untuk artikel kali ini aku akan kongsikan aplikasi yang wajib aku gunakan untuk edit gambar. Aplikasi yang aku maksudkan adalah Picsart, Lightroom dan Snapseed.
Picsart - aplikasi edit gambar menarik untuk instagram
Aplikasi ini sebenarnya dah lama aku tahu tapi tak pernah download sebab tak reti nak manfaatkan fungsi fungsi yang ada. Sampailah satu hari aku ternampak gambar yang menarik di instagram dan bila aku tanya orang yang edit gambar tuh guna apps apa? Dia cakap Picsart. Jadi, aku terus download dan cari tutorial untuk edit gambar menggunakan aplikasi ini dan ianya menjadi. Dari situlah aku mula edit gambar guna picsart sampailah sekarang.
Nak tengok lebih banyak lagi? jom ke instagram @luqmannzakaria
Adobe Photoshop Lightroom - Aplikasi edit gambar menarik untuk instagram
Apps yang kedua adalah lightroom, aku selalu guna untuk letak filter. Aku suka guna apps ini sebab bila kita upload gambar untuk edit, gambar tuh tak pecah. Sesetengah apps yang aku biasa guna tak best sebab gambar jadi tak cantik disebabkan oleh resolusi gambar yang rendah selepas di edit. Lagi satu, filter untuk lightroom kita boleh edit filter ikut apa yang kita suka tapi aku selalunya akan pakai preset yang dah sedia ada sebab nak edit sendiri tak pandai sangat. Korang boleh cari preset free dekat google atau ikut tutorial di youtube (ramai yang share, kena rajin cari jer).
Berikut adalah apps edit gambar untuk jadikan instagram aku lebih menarik. Jadi untuk korang yang masih mencari apps apa yang boleh digunakan untuk edit gambar, bolehlah cuba 3 aplikasi ini untuk permulaan. Aku pun masih lagi belajar untuk jadikan instagram lebih organize dari sebelum ini. Aku harap dengan perkongsian aku ini, instagram korang akan jadi lebih menarik dan feed juga akan nampak lebih tersusun ok.